Tuesday, December 14, 2010

Budak Pensel Return Home

jenis font copy
TAPAK 1 copy
Apa yang aku telah belajar sekarang adalah mengetahui manusia itu kadang-kala tidak bersifat melihatkan identitinya kepada semua orang, menjadi satu masalah besar apabila kita terlepas pandang tentang kelebihan dirinya berbanding kita.

Mungkin, aku tunggu penghujung bulan untuk aku update semula disebabkan aku akan pergi ke tempat yang tiada internet connectivity untuk beberapa ketika. Disamping itu aku harap kalau ada sesuatu yang ingin di share, sila tinggalkan sebarang pesanan di ruangan komen atau di chat widget. Buat masa yang akan datang, pastinya banyak cerita yang aku mahu kongsi, ok nantikan ya. Haha.

Menjadi rakan yang baik, merupakan pengorbanan kecil dan besar. Dan menerima secara terbuka sesuatu kelemahan mereka selagi ia tidak menyusahkan. - Budak Pensel, Disember 14, 2010.

Saturday, December 11, 2010

Post ke 100 - Bagaimana Lens Canon Tercipta

Okay, esok aku akan offline perhubungan internet sehinggalah penghujung bulan ini. Aku tidak lagi berada di Ipoh kerana aku telah pulang ke kampung, dan aku perlu gunakan sedikit masa untuk aku improvekan blog aku.

Credit to http://dilozoblogde.blogspot.com/ (Lan)

wallpaper_ChelseaFC

Minggu ni ada game Manchester United vs Chelsea. Oh, bahagian ni kalau aku tak tonton secara live memang satu kerugian bagi aku sebab ia merupakan perlawanan Chelsea yang sebenar memandangkan performance Chelsea yang mula konsisten semula. Kene pula Chelsea main di homeground sendiri.

Wednesday, December 8, 2010

Erti tahun yang paling banyak cerita

_MG_4614_MG_4567_MG_4609_MG_4973_MG_4931_MG_4894

Tatkala tahun ini hampir tamat di penghujungnya, aku berharap sangat tahun ini memberikan seribu cerita dan erti kepada setiap insan yang ada di muka bumi ini. Permulaan cerita yang berakhir pada tahun yang sama, membuat aku berharap tahun depan ada lagi untuk aku bersama kamu bercerita tentang benda yang aku suka lihat.

Thanks for read...

TimeScape Rapture - Bagaimana Mereka Lakukan Hanya Menggunakan DSLR

Sebelum kamu melihat video yang ingin aku kongsi, kamu perlu melihat video yang pernah aku post pada 2 November 2010, yang bertajuk TimeScape Rapture.

Dan ini adalah video bagaimana Tom Lowe merakamkan gambar tersebut.


Hebat bukan. Kamu bagaimana?

Friday, December 3, 2010

Creative Shot | SIAPA YANG BERMINAT ?

_MG_4690 copy
Ada orang suruh aku share? Banyak benda yang aku nak share, tapi aku nak tahu siapakah orangnya? Ada ke orang yang betul-betul nak share, kalau aku share tak ada orang yang nak. Kan rugi kalau aku betul-betul buat. So siapa orangnya?

Photoshop Tutorial - Overlay Vignetting

Kamu tahu setiap gambar yang aku upload dalam blog aku ini, aku ada membuat kesan vignetting pada setiap frame gambar. Tujuan vignetting ini adalah untuk memberi kesan gelap di sekitar gambar supaya gambar itu nampak lebih baik daripada asalnya. Aku sediakan satu tutorial untuk kamu cuba lihat.

03-12-2010 14-22-31
1. Buka satu gambar dalam photoshop.

2
2. Copy layer background dengan tekan Layer Background, dan tekan CTRL + J.

3
3. Buat New Layer dengan tekan icon seperti di atas.

4
4. Tukar foreground kepada warna hitam atau tekan X pada keyboard untuk pastikan warna hitam dan putih berada di atas dan bawah. Tekan berkali-kali huruf X pun tak apa. Boleh main.

5
5. Pilih Paint Bucket Tool atau tekan G pada keyboard anda.

6
6. Gunakan Paint Bucket Tool, dan klik pada pada gambar tersebut. Pastikan anda sudah tekan new layer siap-siap.

7
7. Pilih Rectangular Marquee Tool atau M dan tukarkan value Feather kepada 250 px (pixel).

8
8. Crop sebahagian gambar dimana kawasan yang anda crop itu untuk anda buang.

9
9. Tekan DELETE pada keyboard kamu supaya bahagian yang kamu crop itu dibuang dengan softly atau dengan anggun.
.
10
10. Pastikan anda menukar layer itu kepada Overlay dan ubah nilai Opacity secukup rasa seperti meletakkan garam ke dalam kari.

Dan hasilnya seperti berikut. Tada..

_MG_2496 w
Yang atas sebelum, yang bawah selepas melalui proses Overlay Vignetting.

121
Ada perbezaan ketara yang dari segi warna dan contrast. Boleh cuba okay. Kalau tak faham, tinggalkan soalan di ruangan komen. Tinggalkan juga email jika kamu mahu aku send tutorial ke dalam email kamu. Hohoho

Thursday, December 2, 2010

Creative Industry Forum 2010 @ Perak (CreatiF2010) | PTTC Meru Jaya Ipoh, Perak.

_MG_4569_MG_4578_MG_4584_MG_4587
_MG_4582_MG_4639
_MG_4812
_MG_4806 _MG_4804
_MG_4660_MG_4739_MG_4786
Benda yang aku aku nak tahu tentang Creative Industry Forum 2010 yang berlangsung di PTTC Ipoh Perak, membincangkan tentang peluang-peluang yang wujud dalam dunia Multimedia yang merangkumi animasi, photography, videography dan lain-lain. Dihadiri oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, antaranya ialah Dr Suffian Jusoh (Intellectual Property World Trade Institute Consulting, Swirzerland) Saiful Nang (Candidsyndrome & SNAP), Mohd Hazer (Kedai Kamera Digital), Connie Khoo (Digiscoper & Bird Watcher).

Juga CYBERSAFE'S Addressing Cyberbuilding & Online Safety by Cybersecurity Malaysia serta pelancaran Perak Boy Animation Series, Cyber Security through Performing Art dan GrafiXgen.com - Creating Digital Citizenship Through Photography.

Terlalu banyak perbentangan daripada orang-orang kuat Multimedia, tapi yang aku nak datang tu kerana Saiful Nang juga ada. Sedikit sebanyak aku tahu cara dia mendapatkan peluang kerja dengan photography dengan membuka peluang-paluang yang orang belum nampak.

Event bermula dari pukul 8.45 pagi dan tamat pada 5.30 petang. Letih duduk kerusi lama-lama.

_MG_4839
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...