Monday, February 21, 2011

Foto Nostalgia - Royal Belum State Park, Perak

_MG_5227 copy

Sesuatu yang aku rasakan ia lebih dari ketenangan, tidak lebih daripada kenangan yang menyeronokkan dalam masa kita mengenali ciptaan Illahi dengan cuba mendekati alam ciptaan-Nya. Dan lebih seronok juga bila kenangan itu, kita kongsi bersama-sama dengan mereka yang ada pada ketika itu.

_MG_5189 copy_MG_5206_MG_5231_MG_5304

Masa selalu berlalu dengan pantas, dan masa itu adalah sesuatu nilai yang sangat berharga jika jika kenang semula. Kerana kita sendiri mengetahui masa selalu meninggalkan kita supaya kita selalu ingin ke depan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, tanpa kita duga walau sesaat sekalipun.

_MG_5267 copy
_MG_5274
_MG_5306
_MG_5313

Kehijauan alam, bunyi air bersama desiran angin, kicauan burung dengan bunyian serangga di dalam hutan, menjauhkan kita untuk memikirkan tentang masalah dunia, dan mendekatkan kita kepada dunia yang baru iaitu dunia yang bebas dari segala kerosakan terhadap alam sekitar.

Menghargai setiap pengorbanan seringkali juga mengingatkan kita tidak akan selamanya kekal di dunia, namun kenangan itu tak pernah luput walaupun masa sangat pantas berlalu.

_MG_5416 copy
_MG_5421 copy
_MG_5438 copy
_MG_5444 copy
_MG_5506 copy

Memang benar, setiap warna yang ada di hutan itu adalah warna yang memberikan ketenangan kepada setiap manusia yang inginkan kedamaian di dalam hidupnya. Kebebasan yang membebaskan hati dan membuatkan hati kita sentiasa bersyukur ke atas setiap ciptaan-Nya.

_MG_5558

"Masa selalu meninggalkan kita agar kita sentiasa bergerak ke hadapan, menemui sesuatu yang baru dalam hidup, dan menjadikan masa yang berlalu itu sesuatu yang paling manis untuk dihargai" - Budak Pensel, Febuari 21, 2011.

Sunday, February 20, 2011

Royal Belum State Park, Perak

_MG_5253

Sabtu dan Ahad, Hutan simpan Belum. Pernah dengar tak? Mungkin kamu tak pernah dengar. Hutan simpan Belum ini merupakan antara hutan simpan yang ada di Malaysia selain daripada hutan-hutan simpanan yang lain seperti Taman Negara.

_MG_5237 copy
_MG_5240 copy
_MG_5246 copy
_MG_5260 copy
_MG_5258

Kami bertolak daripada Kolej Poly-Tech Mara Kampus Cawangan Ipoh pada 19 Febuari 2011, pada pukul 5 pagi dan tiba di Jeti Hutan Belum pada tepat pada pukul 9 pagi. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk mendapatkan data yang berguna untuk projek multimedia kami.

Disertai 30 orang peserta, dan dibawa berjalan-jalan menggunakan bot untuk melihat flora dan fauna yang terdapat di hutan tersebut. Sungguh berbangga dilayan sebagai pelancong walaupun kami bukan warga asing. Haha

_MG_5298 copy
_MG_5520 copy
_MG_5327 copy
_MG_5287 copy
_MG_5312 copy
_MG_5288 copy
_MG_5347 copy

Melawat kampung Orang Asli yang terletak di dalam Hutan Belum pada Ahad 20 Febuari 2011. Kami sedikit sebanyak menemuramah golongan tersebut tentang cara hidup mereka, bagaimana mereka hidup dalam keadaan di dalam hutan yang sangat jauh dengan pekan. Ternyata penggunaan bot sangat penting untuk berhubung dengan orang yang berada di pekan.

Golongan ini sangat mudah untuk berkomunikasi dengan pihak kami sebagai 'pelancong'. Biskut Munchies dan Coco Pie menjadi pengeras utama untuk mengeratkan siratulrahim. Kamu tak tahu ke kalau kita datang ke tempat orang kene bawa buah tangan. Huh

_MG_5516 copy
_MG_5504 copy
_MG_5490 copy
_MG_5487 copy
_MG_5449 copy

Kem yang menempatkan penempatan kami selama 2 hari, ternyata kem tersebut antara kem yang terbaik yang dilengkapi fasiliti yang cukup selain daripada kemudahan berakit, lokasi memancing dan air terjun untuk bermandi manda. Rasa nak pergi lagi, tapi bukan untuk study, tapi untuk enjoy sebagai 'pelancong'.

_MG_5380 copyNew folder (2)
_MG_5550 copy
_MG_5565 copy

Seronok dan letih. Letih disebabkan banyak main di kem. Lain kali kalau kamu pergi ke sana, jangan lupa bawa joran dan bola sepak. Boleh main dalam hutan mungkin. Mungkin la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...