Sesuatu yang aku rasakan ia lebih dari ketenangan, tidak lebih daripada kenangan yang menyeronokkan dalam masa kita mengenali ciptaan Illahi dengan cuba mendekati alam ciptaan-Nya. Dan lebih seronok juga bila kenangan itu, kita kongsi bersama-sama dengan mereka yang ada pada ketika itu.
Masa selalu berlalu dengan pantas, dan masa itu adalah sesuatu nilai yang sangat berharga jika jika kenang semula. Kerana kita sendiri mengetahui masa selalu meninggalkan kita supaya kita selalu ingin ke depan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, tanpa kita duga walau sesaat sekalipun.
Kehijauan alam, bunyi air bersama desiran angin, kicauan burung dengan bunyian serangga di dalam hutan, menjauhkan kita untuk memikirkan tentang masalah dunia, dan mendekatkan kita kepada dunia yang baru iaitu dunia yang bebas dari segala kerosakan terhadap alam sekitar.
Menghargai setiap pengorbanan seringkali juga mengingatkan kita tidak akan selamanya kekal di dunia, namun kenangan itu tak pernah luput walaupun masa sangat pantas berlalu.
Memang benar, setiap warna yang ada di hutan itu adalah warna yang memberikan ketenangan kepada setiap manusia yang inginkan kedamaian di dalam hidupnya. Kebebasan yang membebaskan hati dan membuatkan hati kita sentiasa bersyukur ke atas setiap ciptaan-Nya.
"Masa selalu meninggalkan kita agar kita sentiasa bergerak ke hadapan, menemui sesuatu yang baru dalam hidup, dan menjadikan masa yang berlalu itu sesuatu yang paling manis untuk dihargai" - Budak Pensel, Febuari 21, 2011.
No comments:
Post a Comment