Ke Kuala Lumpur dengan keadaan tergesa-gesa. Itu benda yang sangat pelik
sejak aku kenal mamat yang bernama Nazrin Shah ini. Keputusan yang
sangat muktamad di saat aku mahu tidur pada pukul 11 pagi.
Ya, aku menjadi GPS yang boleh ajak bersembang pada hari tersebut. Pergi ke Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi dan tiba ke destinasi pilihan pada pukul 4 petang akibat kesesakan jalan raya di ibu negara. Terbaik bukan. Tak mengapa. Aku mahu teruskan bercerita.
Setelah menunggu hampir sejam untuk menantikan 1 set kotak yang dipegang
di atas, ternyata senyuman manis terpancul dari raut wajah Nazrin Shah.
Tak perlu aku memaparkan wajah manis beliau, cukuplah kotak itu mampu
menceritakan segalanya.
Tahniah Nazrin, kerana berjaya memiliki kotak idaman aku selama ini. Selamat datang ke Red Company. Oh ia sangat mengujakan aku. Terima kasih kerana membelanja aku makan ayam penyet di Sungei Wang Plaza tadi ya. Pedas bangat.
6 comments:
untunglah dapat 5D Mark II.hehe...
hehehe. thanx bro... ops silap... sifu... hehehe
untung lar... harga bley beli kereta tuh.. huhu
untung la org da tunjuk kt ak bnda yg ta rugi beli... eheheh
pasni lens pulak..
insya Allah... ade rezeki angkut...
Post a Comment