Saturday, January 28, 2012

Anugerah Masa Dari Tuhan

_MG_9669

Semua orang tahu masa selalu meninggalkan kita. Semua orang tahu masa selalu mengubah segalanya, menjadi hala tuju seseorang untuk masa depannya, nasib dab takdir. Setiap manusia memahami masa itu emas, masa tak boleh diganti. Masa adalah segalanya untuk diri setiap manusia.

_MG_9671 _MG_9674

Melihat ke belakang, tidak. Mahu melihat ke depan. Melihat sesuatu peluang, merancang strategi untuk terus hidup seolah tuhan akan berikan lagi seribu tahun nyawa. Merasakan tua, juga tidak. Tiada istilah tua untuk mereka yang sering merancang masa depan yang lebih cerah. Tua tiada kaitan dengan mati. Sebaliknya masa yang sebenar-benarnya berkaitan dengan hidup. Manusia itu hidup sebab tuhan masih berikan manusia masa.

_MG_9659

Walaupun masa itu berlalu pergi dengan cepat, namun menikmati setiap masa itu adalah sesuatu yang baik disisi agama. Melakukan perkara yang lebih berfaedah walaupun sekecil zarah, tuhan sudah menjanjikan ada kebaikan di dalamnya. Jadi, rancanglah dan nikmatilah masa yang ada sekarang dengan rasa yang penuh bersyukur. InsyaAllah tuhan akan memberikan sesuatu yang baik untuk kita apabila masa digunakan dengan amalan yang baik.

"Masa, tidak akan pernah meninggalkan manusia. Masa akan selalu berjalan seiring, apabila manusia mensyukuri masa itu" - Budak Pensel, Januari 28, 2012. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...