Sunday, July 22, 2012

2009 | Final Exam DIM


Gambar yang aku capture sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk final exam diploma dahulu. 

Terima kasih kepada pengajar-pengajar yang selalu bantu aku tiap kali aku tak faham dengan subjek yang mereka ajar. Sampai lah hari ini aku tak tau macam mana nak luahkan segala jasa baik mereka. Tak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu aku untuk aku berjaya setiap subjek yang aku ambil. 

Dan yang paling utama kepada kedua ibu bapa yang tak pernah berhenti mendoakan kejayaan aku, sehingga aku berdiri sekarang adalah hasil kejayaan aku daripada yang sudah berlalu.

"Berterima kasih kepada mereka yang berjasa kepada kita, salah satu cara kita bersyukur atas anugerah yang Allah kurniakan" - Budak Pensel, July 22, 2012.

Thursday, July 19, 2012

My Final Appearance

























"I don't have lot of space to do work. But still, until at the end of time."

Sampai satu masa dan ketika, antara hitam dan putih imaginasi itu sentiasa kekal selamanya untuk satu tempoh yang agak panjang.

Lagi tiga jam untuk aku tahu masa depan sendiri ketika aku menulis post kali ini. 

Monday, July 9, 2012

Silence of Walk

a 110 a 2095 a 097

07.07.2012. Itu tarikh istimewa. Tarikh, yang aku rasa berjalan di satu dunia yang sangat sunyi. Hidup memang satu pertaruhan, memerlukan sifat mempercayai diri sendiri yang sangat kuat. Aku perlu percaya, dan aku perlu lakukan sesuatu perkara yang terbaik untuk masa depan aku sendiri.

Kalau kita sendiri yang perlu menentukan masa depan kita bukannya orang lain. Maka jadikanlah dunia ini sentiasa berwarna, walaupun kita lihat ia hanya berkeadaan hitam putih. Namun percayalah ia tetap warna yang paling cantik dimata kita kerana kita yang harus hargai apa yang selalu ada di depan kita.

a 035

"Hidup sentiasa berwarna, walaupun warna itu tidak sama dengan apa yang 'tampak' orang lain. Seandainya itu yang mampu menggembirakan kita walaupun kita perlu berjalan dalam keadaan yang sangat sunyi" - Budak Pensel, July 09, 2012.

Tuesday, July 3, 2012

Selamat Pagi JB .

























































































Ipoh - Johor Bahru - Singapore. Satu pengalaman baru, berada jauh ke negeri orang lain.  Belajar memahami cara hidup baru di negara orang. Pelbagai cara, pelbagai budaya. Bermacam ragam dan juga gelagat. Namun yang menjadikan ia tiada perbezaan, hanyalah apabila kita berpegang kepada satu arah yang sama.  

Sedikit memori, yang sukar aku terjemah dengan kata-kata. Selamat pagi JB.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...