07.07.2012. Itu tarikh istimewa. Tarikh, yang aku rasa berjalan di satu dunia yang sangat sunyi. Hidup memang satu pertaruhan, memerlukan sifat mempercayai diri sendiri yang sangat kuat. Aku perlu percaya, dan aku perlu lakukan sesuatu perkara yang terbaik untuk masa depan aku sendiri.
Kalau kita sendiri yang perlu menentukan masa depan kita bukannya orang lain. Maka jadikanlah dunia ini sentiasa berwarna, walaupun kita lihat ia hanya berkeadaan hitam putih. Namun percayalah ia tetap warna yang paling cantik dimata kita kerana kita yang harus hargai apa yang selalu ada di depan kita.
"Hidup sentiasa berwarna, walaupun warna itu tidak sama dengan apa yang 'tampak' orang lain. Seandainya itu yang mampu menggembirakan kita walaupun kita perlu berjalan dalam keadaan yang sangat sunyi" - Budak Pensel, July 09, 2012.
4 comments:
semard semua gambar2 nih! hhuu
thanks, really appreciate it !
pehh ohsem.. teruskan usaha brada :)
Superb! Keep it up senior yazid :)
Post a Comment