Friday, May 24, 2013

Ohho ! Ayat Paling Best Daripada Seorang Lecturer.


Seorang lecturer aku pernah memberitahu tentang satu perkara berkaitan dengan fotografi. Walaupun beliau bukanlah penggiat bidang ini, namun kata-katanya sangat bermakna untuk aku sampai sekarang. Beliau merupakan seorang lecturer yang sangat 'detail' dalam menterjemah seni visual tak kira sama ada 'static photo' ataupun benda yang melibatkan visual yang bergerak.

Nak tahu apa yang dia pernah cakap?

"Kalau awak nak belajar 'photography', awak perlu belajar bermula dengan gambar hitam putih. Di situ awak akan faham banyak perkara yang akan memastikan gambar awak berkualiti ataupun tidak."

Untuk memahaminya, aku perlu memakan masa sehingga dua tahun baru aku nampak apa yang dia nak maksudkan. Ya, kata-katanya betul. Jadi kat sini aku boleh melabelkan beliau memang mempunyai jiwa seni yang mendalam.

Tak sangka beliau boleh mengeluarkan satu fakta yang aku sendiri kena faham sehingga bertahun-tahun. Wokey, fine. Aku dah tau benda apa yang dia maksudkan.

Haish. 

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .

Tuesday, May 21, 2013

Review Filem Kil .

Hampir dua tahun filem ini sejak ia tamat dihasilkan, akhirnya ia menemui penonton di pawagam pada 30 May ini. Dilaporkan filem ini hanya memakan bajet yang sangat kecil dan hanya mengambil masa selama 11 hari untuk disiapkan. Ia filem yang sangat baik. Memaparkan kemunculan Nik Amir sebagai pengarah filem. Dibintangi Redza Minhat dan Cristina Suzzane. Dibantu oleh Harun Salim Bachik (ehem), Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Sinopsis
Filem ini mengisahkan Akil (atau dikenali sebagai KIL, sebagai tajuk filem) yang mengalami tekanan hidup dan bertekad untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan gagal, dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan. Namun, bukan bantuan untuk dia terus hidup, namun untuk mati. Walau bagaimanapun,  beliau bertemu seorang gadis misteri datang ke dalam hidupnya dan menyentuh hatinya dalam sepanjang perjalanan hidup beliau. Adakah terlalu lewat untuk beliau mengubah fikiran untuk mati? Cewah. 

Skrip.
Filem bunuh diri adalah filem yang jarang ditayangkan di pawagam Malaysia untuk filem tempatan. Bunuh diri, satu perkara yang sangat menyentuh sentimen peradaban untuk rakyat negara ini. Grand Brilliance sangat mengambil risiko yang sangat besar namun filem KIL ini adalah satu filem yang mengalami pengolahan jalan cerita supaya nampak lebih menarik. 

Filem ini adalah bukan Linear, dimana filem-filem Linear akan bermula daripada babak 'awal' sehingga 'akhir'. Namun dalam babak filem ini, waktu akhir dimulakan pada babak tertentu, yang sangat jarang kita lihat untuk filem-filem tempatan amalkan dan ia banyak dilakukan oleh filem-filem luar seperti Hollywood. 


Pelakon.
Kil dilakonkan oleh Redza Minhat (Akil) dan Cristina Suzanne (Zara). Harun Salim Bachik, yang membantu watak Akil, merupakan peranan sokongan yang sangat membantu untuk pelakon-pelakon utama.

Penggambaran
Segala shot sinematografi yang dilakukan dalam filem ini boleh dikatakan cantik walaupun tidak memakan kos yang sangat tinggi untuk menjadikan ia hebat setanding dengan filem-filem luar. Segala pergerakan kamera sangat menarik dan tona filem yang hebat dan ohsem. 

Pacing.
Boleh dikatakan ia adalah drama, sangat perlahan. Perlahan yang ingin membawa penonton bersama. Anda akan terasa ia draggy, namun kemasukan sedikit komedi yang akan memastikan anda sentiasa fokus, dan membuat audience tidak bosan. Hmmm. 

Tone.
Sepertimana yang dikatakan dalam sinopsis tadi, ia berkaitan dengan membunuh diri. Menjangkakan perasaan kecewa dan sedih namun anda akan berpuas hati bagaimana filem ini disampaikan melalui sinematografi yang cantik.



Downside.
Perlahan dan banyak bercakap. Namun kaki wayang harus mampu untuk menyerap dan terus mengikuti perjalanan filem itu sampai ke babak akhir. 

Upside.
Nilai pengeluaran. Untuk filem yang dihasilkan dalam bajet yang rendah dan difilemkan dalam masa 11 hari, ia seharusya tak nampak seperti ini. Ia lebih daripada jangkaan jika dibandingkan dengan kebiasaan dan masa untuk menghasilkan filem. Wow, kene pergi ni.



'For a film that was produced on a low budget and filmed in eleven (11) days, it doesn't look like one. Roles were well portrayed by the actors. Beyond expectations.' -Feris Othman

'The raw performances, inspired direction, beautiful cinematography and soundtrack marks "KIL" as one of the best local films in recent years and a promising leap forward for director Nik Amir.' - Cinema Online

KIL screened at the Marche du Film at the Cannes Film Festival on 20 May 2013, 5:30pm for buyers, agents and distributors of international films around the world !

Ditulis semula  
Budak Pensel .
May 21. 2013

Monday, May 20, 2013

Hasilkan Timelapse Yang Sangat Lembut .


Bulb Ramping Tutorial from Joel Schat on Vimeo.

Bulb Ramping is a method of using an intervalometer to make minute changes to a camera during a timelapse capture sequence–and of course this needs to be done in bulb mode. It will overall make the video that you’re trying to create have a smoother transition if you’re shooting from day to night. 

Alternatively, you could set the camera to an auto mode and then try to de-flickr in post, but that will overall be very taxing on your computer’s video memory. The video above shows you how to do that and tries to educate the viewer more on the method, but it also tries to pitch a new product: the PromoSystems Controller.

Make sure you have a good and fast memory card too, as they tell you to shoot RAWs.

It’s worth it to check out the entire video.

Tuesday, May 14, 2013

Nostalgia Bas Ekpress .

Balik kampung. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu yang sehingga kini membawa maksud "pulang ke rumah Mak Ayah atau rumah Atuk dan Nenek". Walaupun hakikatnya kampung aku di Kuala Lumpur, disebelah Putra LRT stesyen Damai. Tiada maksud kampung disitu dari segi pemahaman manusia urban.

Pulang daripada mengundi di Puchong. Tiket sudah dibeli awal-awal semasa di Terminal Amanjaya Ipoh. Menanti bas Plus Liner tiba di belakang Tesco Puchong. Bas agak lambat. Masa sudah pukul 10.30 malam Kepala penuh dengan titisan hujan renyai kerana asyik tersilap pergi ke bas, yang sangkaan bas itu akan pergi ke Ipoh. Titisan hujan itu memberikan perasaan 'blues di hati'. Tak tau sebab apa.  

Bas yang aku naiki, lewat lebih dari 35 minit, pukul 11 lebih. Dipenuhi dengan orang-orang yang berbicara pasal esok perlu masuk kerja. Aku ingat mereka akan ke Ipoh, rupanya mereka ingin pulang ke Putrajaya. Baru aku tahu bas ini baru tiba dari Ipoh dan akan kembali ke Ipoh semula. Bas kehabisan minyak dalam perjalanan ke Putrajaya. Penumpang yang akan ke Putrajaya menukar ke bas bantuan, sementara pemandu membeli minyak. Hmm.

Hanya tinggal aku dalam bas itu. Baru aku tahu hanya aku seorang yang akan ke Ipoh. Malam miniti hari, seperti air hujan yang meniti cermin-cermin tingkap. Duduk keseorangan dalam bas. Teringat masa mula-mula belajar naik bas express. Masa tu belajar di IKM Lumut. 

Perasaan mula-mula menaiki bas sangat menggamit rasa. Rasa rindu mahu berjumpa Mama dan Abah sangat kuat. Tinggal lagi mata tak mampu dipejamkan, hanya terus melihat cahaya-cahaya jalan sepanjang perjalanan. Suasana sejuk dalam bas, kadang-kadang menjeling kepada jam tangan bilakah bas akan sampai ke Kuala Lumpur. Aku masih teringat.


Sejak daripada peristiwa itu, alangkah kuat di hati tentang pengorbanan keluarga yang selama ini memberikan kita hidup supaya kita belajar berdikari apabila mereka tiada nanti. Setelah kerap kali pergi dan pulang ke kampung hanya menaiki bas express, aku rasakan bahawa kali terakhir aku di Lumut adalah pengalaman paling manis, yang mampu menutup segala kepahitan belajar jauh di negeri orang.

Malam makin kelam. Hujan masih tak berhenti minitis di tiap-tiap sisi cermin. Terus membuat aku teringat bagaimana aku datang keseorangan ke Ipoh pula untuk menyambung pengajian. Aku tiba di Ipoh lewat malam, sepertimana aku duduk keseoarangan dalam bas ini.

Di situ aku belajar berdikari, walaupun aku ingat-ingat lupa asrama aku pada ketika itu. Hanya mengharapkan pakcik teksi menghantar aku ke Cherry Apartment. Waktu malam. Naik tangga apartment, ketuk ketuk pintu mengharapkan penghuni buka. Rupanya silap asrama. Ketuk asrama perempuan pulak tu. Eeww. Macam mana tak silap kalau datang pun dah malam. Akhirnya jumpa juga, cuma salah blok. Harap perempuan itu lupa akan wajah jejaka kacak itu.


Tak kenal sesiapa dalam rumah itu. Bermula pertemuan muka-muka baru. Buat kawan, menjadi peneman hati. Walaupun hati ini rasa berkarat untuk mengingati kisah lampau, dan mengharapkan pengajian kali ini boleh melupakan segalanya. Masa bersilih ganti, hari bertukar hari, jam terus berdetik. Tik tik tik bunyinya.

Jiwa sepi akhirnya tidak lagi. Menongkah masa terus mengaji. Belajar menyibukkan diri sampai suatu masa kejayaan terus dicari. Untuk sekian lama bulan terus berubah, sampai sahaja penghujung waktu pengajian aku rasakan itu kali terakhir menggunakan bas express. Rasa-rasa memang macam begitu. Walaupun dalam hati tetap rasa aku akan menaiki bas ekspress lagi sehingga bila-bila.

Hanya tekadkan dalam hati, supaya diri menjadi siapa aku, dan untuk apa aku buat semua ini. Semuanya demi masa depan yang selalu kurang pasti. Kan. 


Pakcik bas sudah datang. Mengisi minyak yang sudah kering. Hujan sudah berhenti sedikit, walaupun renyai kejap-kejap ada. Selepas 15 minit, bas kembali bergerak. Menusuri jalan yang tiada kenderaan. Sekali-sekala kereta memotong. Aku terus membaringkan diri di dalam bas yang tidak berpenghuni. Fikiran melayang kembali.

Bertahun-tahun aku belajar di tempat orang. Sampai satu ketika ia ibarat menjadi rumah nombor dua. Rumah yang menjadi pelindung aku supaya menjadi manusia yang sentiasa berfikir. Manusia yang sering menghargai sesuatu, walau mereka jahat sekalipun tetap wujud rasa terima kasih untuk tempat yang sentiasa menyediakan waktu berguna.

Mestipun perjalanan ini terasa jauh, namun hati tetap terasa dekat. Walaupun kejap aku bangun, kejap aku tertidur. Rasa bagaikan semua selekoh yang aku rasa sebati walaupun tak sebati mana. Aku serius. Macam kelakar tapi tak berapa kelakar. 



Bukan jauh bererti aku melupakan semua. Biar aku jauh, dan suatu hari nanti aku akan pulang membawa apa erti jauh itu sebenarnya. Selagi semua yang aku cari selama ini tidak jumpa, selagi itu rasanya aku tak salah melakukan segala-galanya. Apa yang aku mahu, aku dapat sejuta ilmu baru, walau hakikatnya orang nampak aku ni macam biasa-biasa. Orang kata kalau pandai, jangan nampak sangat. Belajar benda yang kita tak tahu sepanjang masa. Baru rasa semakin banyak belajar rupanya diri kita ini semakin bodoh. Agak kasar tapi itu realiti.

Jangan berhenti mencari diri. Jangan biarkan hati kita hilang keyakinan. Pupuk ia bersama kepercayaan, bahawa Tuhan memang sudah sediakan pelbagai cabaran, iaitu cabaran yang mampu kita tempuhi supaya kita menjadi seorang yang berjaya demi ibu-bapa, agama, bangsa dan tanah air. 

Hanya tunggu bila masanya walau ia masih jauh. 

Bas berhenti di Terminal Amanjaya tepat pada pukul 4 pagi. Tulisan panjang.

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .

The Contender .



Balik kampung. Dah lama tak bawak motor ni. Bila sekali bawak, oh ! Rasa tersangat janggal sekali. Apatah lagi cubaan memecut 100 kmh dalam masa kurang daripada 3 saat. 

3 saat mungkin tak cukup pecutan berbanding dengan lagi satu superbike yang memecut 100 kmh dalam masa 1.9 saat. Cool !

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .

Saturday, May 11, 2013

Husna & Adli - Resepsi .



"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.

Surah Ar-Rum , Ayat 21 .

Credit & Thanks to H.Akira .

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .
Matang, Perak . 

Friday, May 10, 2013

Husna & Adli - Solemnization .









Allah 'Azza wajalla berfirman (dalam hadis Qudsi): 

"Apabila Aku menginginkan untuk menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat bagi seorang muslim maka Aku jadikan hatinya khusyuk dan lidahnya banyak berzikir. Tubuhnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan Aku jodohkan dia dengan seorang isteri mukminah yang menyenangkannya bila ia memandangnya, dapat menjaga kehormatan dirinya, dan memelihara harta suaminya bila suaminya sedang tidak bersamanya. 

HR. Ath-Thahawi.

Credit & Thanks to H.Akira .

Photograph & Written by 
Budak Pensel . May 2013 .
Matang, Perak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...