Masa dan ketika. Tahu dan takut. Percaya dengan harapan. Walau kabur
masa depan, semua adalah kenangan lalu yang semua perkara tadi pernah
wujud dalam hati kamu.
Kamu tidak akan pernah percaya untuk perkara yang kamu ketawa hari ini adalah pentas cerita kamu sendiri. Kamu tidak akan pernah rasa apa yang kamu duka pada hari itu ceritanya terpadam apabila kamu berjaya cari apa yang kamu cari pada setiap permulaan perjalanan.
Langit itu tinggi. Lautan itu luas. Mentari pagi sentiasa menghangatkan butiran air di pagi hari. Percayakah kamu setiap ketentuan Illahi itu menguji hati-hati kamu supaya memahami belajar itu bukan hanya pada buku. Belajar itu merupakan segala perkara yang kamu lalui untuk menghadapi sesuatu matlamat yang rahsianya adalah hati yang penuh kesabaran.
Masa itu pantas berlalu. Usia tak semakin muda. Kesusahan mematangkan pemikiran. Tiada kesusahan mampu diatasi dengan kesenangan. Kesenangan itu ibarat anugerah, yang kadang-kala ia sekejap sahaja kamu nikmatinya. Selebihnya ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik secara berselang seli.
Kamu akan dapat apa yang kamu cari. Kamu kehilangan sesuatu dalam perjalanan apa yang kamu cari. Semalam ketawa, hari ini bersedih. Sedih digantikan dengan kebahagiaan yang lebih panjang daripada kesedihan yang kamu lalui.
Dunia yang sangat luas. Gelap dan terang kerana cahaya yang tak pernah padam. Ia sentiasa di situ, meniti masa yang sama setiap hari. Bernafas dalam lena, hilang pejam melihat cahaya, melalui kehidupan indah dan duka sehingga penghujung masa.
Belajar jangan kecewa. Belajar terima kesilapan. Bersedia untuk berubah. Hari ini kamu jatuh, tak semestinya untuk selamanya. Kerana kejatuhan itu juga kamu akan belajar bagaimana untuk bangkit. Harus sentiasa memandang kehadapan, jangan toleh belakang.
Kadang-kadang harus melihat belakang, kerana belajar dari kekalahan itu memberikan seribu pengertian daripada menerima kejayaan yang datang bergolek. Percaya usaha sebenarnya tiada batas untuk makin berjaya.
Keindahan itu adalah masa, yang berlalu dengan pantas. Merakam segala kenangan, menjadikan ia satu memori yang paling istimewa buat mereka yang sentiasa ada disamping kamu. Melakar sejarah bersama dengan pastinya kamu akan sentiasa ingat bahawa yang menjadi istimewa pada hari ini sudah pastinya adalah cerita yang duka untuk kisah lalu.
Setiap kejayaan adalah anugerah. Anugerah untuk kamu terus pergi lebih jauh, kerana kamu sudah tahu kejayaan selalu ada disebalik kesusahan. Usaha itu milik kamu, kejayaan itu milik Illahi. Selamanya indahkan memori dan nostalgia.
Langit itu tinggi, lautan itu luas. Simpan duka dalam-dalam, kerana di setiap duka menyimpan luas dan tingginya kejayaan untuk kamu. Tahniah -
Budak Pensel, Disember 06, 2013