Hello Iman. Dah tiga bulan umur kamu. Badan pun semakin berat, semakin panjang dan semakin lama semakin suka menyanyi. Walid dengan Umie je yang tak faham apa benda yang kamu sebutkan.
Unikl Mitec. Kalau Iman nak tau, sewaktu pertama kali Walid jumpa Umie, Umie bawak Walid pergi ke kampus Umie di Unikl Mitec. Saja je pusing-pusing nak kenalkan tempat Umie belajar. Umie student pada masa itu. Selepas tu Umie ajak Walid sarapan pagi di kedai mamak. Dia kata kedai tu ada tosai yang sedap.
Selepas itu, Umie ajak Walid pergi ke Taman Layang-Layang pula. Umie kasitau Walid yang setiap tahun di situ akan diadakan pesta layang-layang peringkat antarabangsa. Benda yang Walid tak boleh lupa sehingga sekarang semasa Walid ke Taman Layang-Layang tu selepas sarapan, Walid tertinggal kemera Walid di kedai mamak tu.
Selepas tu kami pun kahwin. Lepas cukup setahun Iman pun lahir. Cerita tentang kamera yang tertinggal kat kedai mamak tadi itulah yang Walid pakai dan tangkap semua gambar ni.
Walid nak kasitau Iman pasal benda tu je sebenarnya. Keh keh.
Photograph & Written by
Budak Pensel . Januari 24, 2016 .
Bilik Depan Ada Aircond.