Sunday, January 17, 2016

Iman Levinia

Satu langkah. Anugerah Allah yang tak ternilai. Amanah oleh-Nya yang perlu dijaga sepenuh jiwa raga. Anak kecil tak tahu apa, aku pun tak tahu apa. Buat sahaja apa yang terbaik. Asalkan sihat-sihat, montel-montel nanti dah besar sikit aku jadikan dia sebagai bantal spare. 


Sejak Iman lahir, aku baru faham apa itu nikmat tidur. Itu ungkapan penuh makna untuk semua orang. Kadang-kadang tengok anak tidur rasa betapa nikmatnya dia tidur. Ala mula-mula je rasa nikmat tidur tu pergi, lama-lama badan pun dah fit jadi perasaan tak tidur malam tu macam kita jadi student balik. 

Biasalah, seharusnya normal untuk semua orang lalui. Bagus dan mencabar. No pain no gain. 


Penting untuk rasa bersyukur. Perlu untuk sentiasa berdoa. Selalu untuk bersangka baik. InsyaAllah semua akan menjadi lebih bahagia yang datang semuanya dari yang SATU.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Januari 17, 2016 .

2 comments:

Luqman Zakaria said...

cantek2 gambar..and the baby is soo cute! hehe

Budak Pensel Yazid said...

thanks luqman zakaria. Alhamdulillah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...