Tuesday, September 3, 2019

About September

Rasa macam tahun ni diam-diam dah rasa di penghujungnya. Terasa seperti bulan lepas baru habis Ramadhan, hakikatnya Raya Haji pun dah berlalu. Berbaki lagi tiga bulan sebelum 2019 menamatkan ceritanya. 


Apa yang aku dapat sepanjang tahun ni? Tiada yang lebih indah daripada memanfaatkan masa itu bersama keluarga. Kalau masa ini dapat diputarkan kembali, nescaya aku akan habiskan masa lebih lama dengan keluarga. Aku tinggalkan perkara yang tidak membawa faedah, yang membuang masa lalu aku isikan ruang itu untuk mereka yang selamanya ada diwaktu aku susah. 


Apa yang terbaik pernah aku lalukan sepanjang tahun ini? Perbanyakkan masa untuk cuba menjadi yang terbaik, walaupun hasilnya hanya secebis. Banyak kali gagal untuk capai apa yang aku impikan, namun sebahagiannya yang berjaya itu menyimpan motivasi bahawa kejayaan itu tidak pernah datang tanpa usaha. 



Masa untuk kembali kepada blog ini, sedikit sebanyak memberi aku motivasi dan cerminan diri aku sendiri untuk mengimbau kembali apa yang pernah aku lalukan sepanjang mulanya aku menulis di sini. Tulisan yang aku dokumentarikan mengikut sedap hati aku, tanpa perlu berahsia kepada semua orang.



Setiap orang ada inspirasi hidup. Bebeza cara terjemahan kepada umum. Namun apa yang aku buat ini adalah diri aku sendiri, untuk apa berahsia benda yang umum sedangkan umur kita bukan semakin bertambah. 

Jadi terima kasih kerana kamu yang membaca blog ini. Semoga ada yang baik itu, kekal menjadi baik untuk tiap-tiap orang.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Sept 03, 2019 
Besok perlu banyak rehat. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...