Apa yang membezakan Pasir Gudang dan Ipoh bagi pandangan peribadi aku seorang yang meminati fotografi ?
Ipoh dikelilingi oleh banjaran manakala Pasir Gudang berdekatan dengan laut. Ipoh sejuk di waktu pagi sebaliknya suasana cepat panas di Pasir Gudang. Ipoh paginya lambat terang namun Pasir Gudang ini cepat menerima cahaya matahari yang terang di waktu pagi.
Waktu sesuai fotografi bagi kesukaan aku pada waktu pagi di Ipoh adalah sekitar jam 8.30 pagi hingga ke 9.30 pagi. Manakala di Pasir Gudang pula seawal jam 7.30 pagi hingga ke 8.30 pagi. Pada waktu petang pula di Ipoh bagi pendapat aku waktu yang sesuai adalah selepas Asar, 4.30 petang sehingga jam 5.30 petang tapi di Pasir Gudang bermula jam 5.30 petang sehingga 6.45 petang.
Ada satu benda yang aku sangka bahawa kualiti cahaya matahari di Ipoh adalah lebih baik pada waktu pagi dan petang berbanding di Pasir Gudang namun hakikatnya adalah disebaliknya.
Disebabkan geografi di Pasir Gudang yang tidak mempunyai bukit ataupun banjaran seperti di Ipoh, drop down cahaya matahari di Pasir Gudang lebih menarik kerana anda boleh menerima cahaya matahari dengan sangat rendah, dan sesuai untuk mereka yang mengejar side lighting cahaya semulajadi. Dalam erti kata yang lain, simbahan cahaya matahari yang rendah, sehingga melewati paras dada secara mendatar. Boleh lihat kebanyakkan posting blog ini untuk gambar di Pasir Gudang memiliki simbahan cahaya seperti yang dinyatakan.
Kalau waktu tengahari memang aku tak berapa berminat untuk membuat apa-apa photoshoot tapi yang aku perasan setiap kali aku snapshot menggunakan GoPro, rujuk kebanyakan posting di (https://www.instagram.com/budakpensel/) pada waktu tengahari di Pasir Gudang, kualiti cahaya di sini sangat menarik kerana contrast semulajadi dan pemandangan langit yang sangat cantik mungkin disebabkan faktor lokasi atau geografi kawasan yang mendatar dan berdekatan dengan laut.
Hey, dan aku perasan di Pengerang juga mempunyai wide-view yang sangat menarik, sebab lokasi yang berdekatan dengan persisiran pantai ini memiliki deep water yang boleh afford laluan kapal kargo yang sangat besar. Nanti aku akan sharekan benda ini di posting yang akan datang.
Ianya hanyalah sekadar perkongsian ilmu yang percuma dan aku harap you all yang selalu membaca blog ini sentiasa mendapat input berguna daripada perspektif seseorang yang berbeza. Apa kata you all manfaatkan best-view yang ada di tempat you all berada sekarang, mesti menarik !
Photograph & Written by #budakpensel
Budak Pensel . Aug 02, 2019
Sakit Perut & Tak Boleh Tidur
No comments:
Post a Comment