Wednesday, July 31, 2019

Teknik Lighting di dalam Kenderaan



Banyak teknik pengcahayaan, dan ini salah satu teknik pengcahayaan yang simple untuk you all belajar bagaimana untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik, realistik dan natural

Kalau ditanya aku, hasil kerja cahaya natural tu adalah lebih baik berbanding cahaya kuat seperti di dalam studio.  


Tuesday, July 30, 2019

Duit Menjadi Tuhan



Part mula Amir tu susah aku suka. Sebab ia menjadi kebanyakkan kisah yang dilalui semua orang. Dan part akhir Amir tu jatuh tu menunjukkan kebanyakkan manusia ni lupa diri selepas dia senang. 

Content video menarik. 

Sunday, July 28, 2019

Ada Orang Tanya Tentang Lens.


Pada post yang lepas, aku perasan ada pengunjung bertanya gambar yang aku tangkap dan upload ke dalam blog ni kebanyakkan menggunakan lens apa. 

Ok, terima kasih sebab bertanya. Dalam koleksi lens aku cuma ada 4 lens, tapi yang paling kerap aku gunakan adalah EF 24mm f/1.4, dan nombor dua kerap aku gunakan adalah EF 50mm f/1.2 pada body 5DMII. 

Pada mulanya aku sangat minat pada lens 50mm, namun setelah kebanyakkan masa aku suka adapt subject dengan background, naluri nak pakai yang lebih wide lebih kuat, dan aku suka attach 24mm pada body pada bila-bila masa. Plus dapat lens wide open sampai 1.4 aperture, jadi dapat memblurkan/membokehkan background/foreground untuk menjadikan gambar itu lebih mahal daripada biasa. 



Mungkin aku perlu mendapatkan experience untuk guna lens 35mm sebab dia berapa di tengah-tengah antara lens 24mm dan 50mm. 

InsyaAllah rezeki tu pasti ada.

Kredit kepada sifu Syaiful dan Gondo Jangguttouch untuk tutorial lens selama ni. 

Photograph & Written by #budakpensel
Budak Pensel . Jul  28, 2019 
Baru lepas shoot Masjid Abu Bakar, JB. 

Sunday, July 21, 2019

Content VLOG Yang Terhebat Pernah Aku Tonton Sepanjang Hidup



Tak rugi kalau you all tonton sampai habis. Aku guarantee. Aku rasa dalam banyak vlog yang orang buat di luar sana, ini antara video yang paling hebat content dia pernah aku tonton. Very strong. Mampu impact kepada kehidupan aku ataupun orang lain dalam kehidupan seharian. 

Ia bukan sekadar content yang pack dan panjang semata-mata. Ia dapat deliver suasana dan perasaan orang yang menyampaikan cerita dalam video ini kepada penonton macam aku. Yes, banyak youtuber yang posting video mendapat reach view yang sangat tinggi, tapi tak mampu deliver emotional yang high, pengajaran, suasana, akhirnya mewujudkan rasa syukur kepada penonton macam aku.

Tapi Alhamdulillah, sebab Allah tu bagi aku tonton video yang bagus macam ni. Akhirnya aku merindui semula blogger atau vlogger yang dapat deliver info yang sangat berguna, yang akan diambil, dibaca, dilihat, didengar sampai bila-bila. 

Content yang sangat strong disaat orang kini orang terlalu fokus untuk mengejar reach view berbanding isi kandung yang memberi manfaat kepada yang lain.

Written by 
Budak Pensel . Jul  21, 2019 
Setelah Blur Minggu Depan Ada ISO.

Wednesday, July 17, 2019

How to Shoot B ROLL.



Daripada Peter McKinnon aku banyak dengar tentang B Roll, namun bila menonton video ni rasanya macam pernah ada orang buat video tutorial seperti ni. Isi kandungan yang sangat bagus, dan boleh menambah viewer dalam Youtube. 

#budakpensel

Iman Levinia

Selalu senyum, budi bahasa yang baik, diam apabila tiada perkara yang penting ingin diucapkan, sentiasa bersyukur, sentiasa mendahulukan suruhan-Nya.

Benda ni sangat basic, dan yang basic tu la perlunya istiqamah dalam menjalani kehidupan seharian. Benda basic ni jugalah yang sentiasa lindungi kira apabila berada di dalam kelompok masyarakat yang ramai dan yang paling utama, hubungan kita dengan Pencipta.

Kalau kita jaga urusan solat, semoga urusan yang lain-lain Allah jagakan. InsyaAllah.

#budakpensel

Tuesday, July 16, 2019

Ian Fredrix

Luangkan masa bersama keluarga. Lepaskan diri dari kesibukan dunia. Cuba membawa keluar melihat matahari yang terpancar serong, lagi 1 jam setengah sebelum cahaya terlindung sinar disebalik garis ufuk bumi. 




Kau penat, kau tiada masa, kau sibuk bekerja. Sesekali lepaskan anak syurga ini melihat luasnya dunia. Kau tengok sendiri mereka berlari seolah-olah dunia ini tidak berpenghujung. Walaupun realitinya dewasa ini dunia ini memang tiada penghujungnya aku pasti. Benda indah kau lihat tanpa mengeluarkan sedikit wang pun. Depan mata itu anak-anak kecil, riang bekejaran ekplorasi alam.   

Istimewa hidup bukan kerana kaya, memiliki segala harta benda. Tapi indahnya dunia apabila sekecil-kecil nikmat kau rasakan dengan penuh syukur. Kau akan kaya, kaya dengan nikmat Illahi yang sebenarnya tak pernah berhenti penuhi ruang hati, saat kau ucapkan "Alhamdulillah".

Jiwa yang kosong sebenarnya berisi. Melihat mereka sebenarnya telah mulai dewasa, disaat aku berjuang lepaskan lelah di dunia.

"SubhanAllah. Alhamdulillah. Laillahaillallah. Allahuakbar". Perkataan hebat Maha Pencipta rindu kita ungkapkan.


Saturday, July 13, 2019

Jangan Beli Gimbal. Pakai Tips ini.



Memandangkan kita nak hidup dalam keadaan yang minimal, tak mahu membawa banyak peralatan dan inginkan benda dirakam secara spontan, membawa gimbal adalah benda yang sudah pastinya perlu dielakkan. 

Adapun teknik dan matlamat untuk mendapatkan shot yang menarik itu lebih baik kita adaptasikan dalam apa jua kerja yang akan datang. Lihat video ini. 

Nota Ringkas - Aspec Ratio untuk embed video ni ke dalam blog adalah 640 x 360 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...