Sunday, April 25, 2010

Blogger yang Tandus

Ada beberapa perkara yang aku mahu cerita tentang blog.

Bagi aku, blog adalah tempat untuk berkongsi artikel untuk pembaca, berkongsi penulisan dan apa-apa yang menarik. Namun kat sini, ada beberapa perkara yang mungkin kamu perlu tahu, kenapa blog tidak macam blog.

1. First sekali, big downloading time yang sangat lembab sebab terlalu banyak animation di dalam blog. Biasanya, user akan menekan butang pangkah bila blog tersebut masih loading untuk lebih 20 saat.

2. Pengguaan short form yang melampau. Ia sangat menyukarkan user untuk membaca dengan pantas. Kadang kala aku fikir dia uploadkan SMS, bukan artikel blog.

3. Terlalu banyak iklan yang agak mengganggu mata pambaca. Berpada-padalah meletak iklan, jangan sampai iklan itu sendiri memberi sumbangan terhadap blog menjadi lebih lembab.

4. Layout yang sangat 'menarik' sampai font dalam blog tu pun dah payah nak baca. Aku kurang faham, yang dia mahu sampaikan penulisan dia atau layout dia. Mungkin Deviant Art tempat paling sesuai untuk golongan seperti ini.

5. Cerita yang sangat peribadi. Blog dijadikan diari umum, sampai selesema pun nak bagitau. Ada penulis blog yang post apa yang mak dia masak tiap-tiap hari. Apa tujuan dia sebenarnya?

6. Blog gambar. Dia upload gambar-gambar menggunakan kamera DSLR yang agak mahal tu la, then gambar-gambar dia aku rasa sangat la besar, sampai internet kelajuan tinggi pun ambil masa sampai 5 minit nak fullpage blog dia. Tahu guna photoshop, tapi tak tahu nak kecilkan file untuk tujuan uploading and download. Blog fotografi la konon.

7. Penyalahgunaan Shout Mix. Kat sini aku malas nak panjang lebar. Cuma kalau sekadar nak bagitau blogwalking atau salam ziarah untuk blog yang sakit tak guna jugak. At least, kalau komen kat ruangan komen setiap artikel tu memadai la juga. Sekurang-kurangnya penulis rasa dihargai atas penulisannya.

8. Penulisan yang baik tentunya menjadi pilihan pembaca. Blog yang baik tak semestinya perlu ada gambar, tetapi macammana penulis tu dapat buat orang suka baca blog dia, seperti Blog Anak Mat Nor, leh try tengok macammana.

Sebenarnya jika kamu avoid perkara-perkara dia atas, setidak-tidaknya orang akan faham apa yang kamu mahu sampaikan. Itu lebih baik lebih-lebih lagi kamu dah penat-penat taip, tapi bila orang baca satu perenggan rupa-rupanya kamu mahu cerita pasal kamu selsema.

Biar tiada komen, asalkan kamu bagi benda betul dan berfaedah. You must to realize, kelajuan internet di Malaysia, belum sama macam di Jepun lagi.

Just share knowledge. Anything?

9 comments:

Firol said...

bagus entri...

singkatan paling aku tak suka...blog yang banyak singkatan aku dah banyak tak baca

yang ada lagu dan animation banyak selalunya membosankan kadang-kadang sampai hang komputer..dah le cc komputer zaman hang jebat...

Budak Pensel Yazid said...

betul, bab lagu ada yang tak boleh pause, so very annoying. ( betul ke aku eja nieh )

Najwa.H said...

betul..betul..betul..

tapi bergantung pd penulis la kot.. banyak juga yg berblogging..lebih kurang macam diari..
*macam saya heheh.
tapi takde la sampai hari2 tulis nak masak ape..

*suka baca blog yang bole initiate mindaku berfikir (^.^)

Budak Pensel Yazid said...

nadjwa : blog peribadi ok, tapi biarlah kita share something new to reader, at least kita dapat benefit dia.

bukan senang nak somebody baca blog kita kan..

rugi bila mereka tak dapat pape.

Najwa.H said...

sangat setuju..

akan cuba memberi input baru...

Firol said...

tak kisah lah apatulisannya...cuma input tu biar ok....

Harini i selsema, harini i keluar dengan pakwe i,makan itu ini.i sedih ada masalah

sekali baca ok..kalu dah kerap keluar macamni......

Budak Pensel Yazid said...

paling best kalau satu penulisan tu dia cuba share something dan mendapatkan pendapat dari reader dia.

contoh blog sue anna joe ( bududanbelacan.blogspot.com )

ini satu blog yang dikatakan dynamic blog, bukan static blog..

Kinjunx said...

you're right.definetly right.(=

Askry said...

nice one.. tips2 yang boleh diambil sebagai panduan para blogger.. thanks bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...