Selamat Hari Raya Aidilfitri
Lagi 2 hari lagi aku akan balik kl.. Yus balik hari Jumaat malam. Syapit balik Sabtu pagi..sama
la dengan Fizul..( yer ker Fizul nak balik Sabtu??) erm entahla.
Tapi yang aku pasti, raya kali ini adalah raya yang paling sibuk, sebab semua assignment final
dah menanti selepas raya dan aku hanya mempunyai 2 minggu sahaja untuk menyiapkan segala assignment yang ada.
Ini adalah bulan ramadhan dan syawal terakhir dalam hidup aku kat Ipoh ni.. Kemungkinan hari yang mendatang aku dah tak belajar lagi kat Perak.. Banyak kenangan manis dan pahit aku selama aku belajar di sini sejak dari tahun 2004 lagi. Bermakna aku akan menghabiskan hampir 5 tahun di negeri orang.
Assigment, aku akan cuba clearkan supaya aku dapat menghadapi exam final dengan amat baik.
InsyaAllah, aku akan belajar dalam bidang lain yang tiada kaitan dengan Multimedia selepas ini. Biarlah aku susah sekarang, tapi esok bila aku dah ada anak cucu, mereka tak akan rasa susah dan aku taknak mereka menanggung apa yang aku buat selama ini..
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment