Sunday, August 17, 2008

Nostalgia IKM Jul 04 - Dis 05

di depan rumah sewa kami fasa 2F seri manjung, bersama sais

atas dari kiri
hai aku rahmad arwah (pali)
bawah dari kiri
harun alib boy remy
sewaktu presentation klas, yang tgh tiup tu, pali (arwah) 

Teringat pula nostalgia aku semasa aku sampai ke IKM Lumut ni.. Aku igt ia sebuah tempat yang indah pada mulanya. namun selepas abah aku pulang ke KL, tinggallah aku bersama-sama barang yang aku bawa. Seminggu orientasi pun sudah menyakitkan hati aku kerana undang-undang yang sangat ketat di IKM. Bayangkanlah kalau nak makan pun terpaksa pakai sampin, kononnya nak membezakan antara junior dengan senior.. Rokoll jangan cakaplah, mesti ada pelatih yang kena denda nyer.. 

Tapi aku bersabar kerana aku tahu, ini adalah pilihan yang paling tepat dalam hidup aku bagi menentukan masa depan aku walaupun aku masih samar dalam melihatnya.. Mengambil jurusan Architecture, sepenuh masa aku disana aku korbankan demi mencipta diri aku yang sebenar. 

Tanpa penat lelah aku belajar, siang malam aku bercekang mata demi menghabiskan subjek dalam 1 tahun setengah je..Bayangkanlah..5 waktu solat tak leh miss..Try la miss kat IKM, kalau korang nak kene pelempang warden try la..Tapi, aku sure kalau anak manja, takkan tahan hidup kat IKM. yela, dengan undang2 yang ketat, g surau pun pakai sampin, bersongkok dan berkad matrik lagi..g makan pun sama..adoi.. 

Kepala, hari first dah sume botak, berkolar jangan tinggal.. Dengan BPP (badan perwakilan pelajar) yang kerek, padahal aku pun lepasan mara gak.. (GiatMARA hehe)..tapi kenangan tetap aku kenang jua..Sampai aku mengenali ramai kawan..Boy, Sais, Rahmad, Alib, Cadok, Harun, Paizal, Hai dan ramai lagi la...Dan Pali, kawan yang banyak membantu aku dalam diam. Seorang yang sangat menemani kawan2nya tak kira wakti dan ketika.Walapun dia tak la sebijak yang lain2, tatapi hatinya sangat baik dalam membantu kawan2nya ketika dalam kesusahan. Telah pergi ke Rahmatullah pada April 2007..sama2 kita mendoakan kesejahteraan nya. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu Pali 

..Al-Fatihah





4 comments:

Asheed said...

Samalah...cuma aku ceritakan pasal hidup aku kat sana...

Asheed said...

Tapi kat sana kan...kalau kau betul-betul displin punya orang boleh hidup senang. En wan dan En Bahari ada lagi tak? gambar kelas tu macam kelas aku dulu la. Kelas tepi sekali ker? Aku rasa duduk situ 2 sem jer. Memula masuk kelas tu aku duduk kelas separa papan ngan konkrit

Budak Pensel Yazid said...

kelas ni kat sebelah dengan pejabat lecturer tsb yang kat bawah tu..bukan kelas yang paling tepi bangunan yang kat tangga 2..

Encik man ada lagi..cik bahrin pun still ada lagi..Papehal, memang banyak kenangan kat bangunan tsb tu daripada super senior sampailah junior cam kami..

Budak Pensel Yazid said...

Gambar yang time presentation 2, adalah kelas yang ketiga daripada office tsb, kelas yang besar yang menjadi tempat letakan komputer..time 2, sem 3..sem terakhir..kelas 2 dah siap dinding batu dah.. dan ak pernah bekerja dengan abang cik wan, [ cik wan yang orang kelantan tu ] :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...