Thursday, January 15, 2009

5min.com

Post kali ini aku nak kongsi sikit dengan korang yang mungkin jenis suka mencari video2 yang mengandungi pelbagai informasi di internet. Seperti yang korang pernah melayari Youtube, 5min juga adalah satu website yang mengandungi pelbagai video yang menarik untuk di"stream".

Kelebihan 5min.com ni, dorang hanya membenarkan upload video yang mengandungi informasi yang berguna sahaja berbanding Youtube yang terlalu benyak video yang merapek sekarang nie. Aku melayari Youtube pada awal tahun 2006, dan pada masa tu masih tak ramai yang tahu tentang Youtube tu sendiri (disebabkan aku masa tu tengah cari lagu Indon).

Berbanding dengan 5min, ia amat berguna untuk korang yang suka membuat skill atau trick2 yang berkaitang dengan street magik, masakan, muzik dan lain2.. Dan kebanyakan video yang di'upload' bukan tidak melebihi daripada 5 minit, ianya sekadar nama sahaja. Dan 5min ni masih dalam awal pembinaannya lagi dan masih berat berbanding dengan Youtube (aku jumpa 5min ni pun dalam awal tahun 2008).

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mencari2 video yang berkaitan dengan ilmu, korang leh cari dalam website ni. Untuk yang masih belajar di IPT, video ni sangat berguna untuk korang dalam membuat tugasan kelas dan melihat video2 yang menarik untuk menambah ilmu pengetahuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...