Saturday, February 28, 2009

Aku dalam sebuah medium

I would say, saya akan berdikari.

Kerana kadang-kadang kita tak tahu sesuatu, tapi orang lain tahu. 'Hint' itu perlu kerana kita kena berusaha lebih keras untuk berdikari. Berdikari atas tunjuk ajar yang baik dalam satu medium..

Ibarat dalam hutan, no guide, we will death. Sometimes dugaan itu tak pernah kita jangka. Kalau dia datang, hanya ilmu yang berguna dapat membantu. Right isn't it?

Sebuah perjalanan aku ni, aku telah belajar sesuatu yang berguna. Sesuatu yang melangkah terus kehadapan walaupun perlahan. It something of new apart. He always say "usaha itu tangga kejayaan, bersyukurlah dengan ape yang ada".

May God bless you always. You always guide me in yours.



p/s : the right of three good guys.. : )

Friday, February 27, 2009

Kau akan buat aku tergelak

Dia jalan sane sini, aku perhati. Dia cakap dengan aku seribu makna, seolah-olah aku tak faham. Dia jeling kat aku, macam aku tak tahu guna firasat aku sendiri.

Dia tak cakap pun dengan aku, aku tahu. Dia belakangkan aku, pun aku tahu kenape. Dia tergelak, bajet aku marah la tu. Dia senyap, lagi la aku tahu sifat dia.

:: Time Gap 10:30 am ::

Baru-baru ni aku kuat pergi library, sebab saje nak rehat rehatkan minda. Dia pandang aku, langsung aku buat buat tak faham, padahal lebih dari tu. Tapi dia jarang senyum kat aku, ok la. Aku lelaki baik (yela, puji diri bagus ape) tak mengharapkan pape. Tapi bila dia jalan belakang aku, aku wat wat mengantuk.

Aku pun tak faham kenapa mesti aku berlakun mengantuk time tu. Alahai ruginyer. Cubalah bersenam sikit kat library tu, baru nampak stamina..Baru nampak meyakinkan semua yang bajet baca buku dan yang bermain myspace.

:: Time Gap Finished 12.30 pm ::

Aku masuk kelas, aku telangkupkan muka aku sendiri..Aku gelak puas puas..Hahaha..Aku jumpa balik la dia. Tak payah la serius dengan aku. Dari tadi aku tak tahan gelak..

p/s : Hehe...kalau awak baca, awak tahu itu saya..

Bau pelik kat bilik

Kelas aku tamat kul 2 petang. Aku balik dan tido. Senja aku bangun, mandi dan pergi makan. Pas makan, tgk TV3 kalau ade cerita Keliwon ke, Anak Betong ker, cite ape ker, whatever..Biasalah, tinggal sorang kat umah.

Bila start kul 11.55 malam, aku on PC wat keje. Hari hari camtu. Wat MP Project (Multimedia Project Project).. Tak pernah siap, sebab aku kejap2 download lagu Faizal Tahir dan Ziana Zain. Sampai la ngantuk.

Bila dah 2 minggu camtu, aku cam terbau bende pelik selepas berjam aku berkerja di waktu malam. Membuat aku takut, risau, resah, bimbang, dan esettra. Aku matikan kipas, perhati sekeliling aku, dari mane datang bau tersebut. Dan tido lebih baik, bau tu beransur pergi.

Esok cam biasa habit aku, wat keje lagi. Takde bau, ok jer.. Lusa datang bau ni balik.. Semakin risau.. Aku benci bau nie, sebab bau ni terlalu jarang time2 malam semakin larut begini. Bau yang meremangkan bulu roma aku..

Suatu hari, Khamis, malam Jumaat, bau ni semakin pekat, kuat dan .......... Tiba2 screen pc aku cam terganggu cam cite omputeh tu 'PULSE' .. Lalu ia terpadam.. Shit, nape mesti ganggu aku time nie!? Aku on2 balik pc aku tapi tak boleh jugak..Wei, ni lagi bahaya ni.. Bau tadi semakin pekat, dan terlalu dekat..

20 minit kemudian..

Power supply PC aku yang dah kondem tu aku dah tukar dan bau busuk kapasitor dia pun hilang.. Yeah! power supply baru..

Wednesday, February 25, 2009

Kenapa 'dia' pandang aku?

Sejak beberapa minggu ni aku rasa diperhatikan. Setiap sudut yang aku pergi aku rasa dia sedang pandang aku. Dia tahu aku pergi kafe kul bape, aku di lab aku kul bape, aku pergi library kul bape dan time aku tunggu depan lif pun kul bape.

Dia akan pandang aku seolah-olah sampai tembus ke dinding. Dia buat jantung aku cam berhenti sejenak, tapi bukan benti terus. Pandangannya dari kaca matanya terus ke kaca mata aku. Seperti cerita Keliwon dimana hantu tu tenung ke mata membuatkan orang jadi kaku..

Think positive.

Mungkin muka aku macam Fauzi Nawawi atau Rosyam Nor seperti yang dikatakan Abang Firdaus. Mungkin ar..

Thursday, February 12, 2009

Wang ?

Rasulullah bersabda “Sebaik-baik wang adalah wang yang berada di tangan lelaki yang soleh.”

Monday, February 9, 2009

The Cuti

Hari ni hari Ahad, dan hari untuk orang India sambut Thaipusam..So esok Isnin, dan mati-matilah aku ingat sok ade kelas. Patut la aku tengok sume orang rilek je hari Ahad ni, siap family aku makan kat luar lagi.

Punyalah aku bersungguh siapkan assignment ntah ape bende untuk subjek hari Isnin, last2 kul 12 malam member bagitau yang sok cuti..Tak pasal2 aku layan movie yang betul2 siap download kul 12 tu.. Ape yang dinamakan The Recruit, cite pasal seorang programmer yang kene tipu dengan recruiter CIA..

Kira dia senasib dengan aku la, cuma aku kene tipu dengan cuti Thaipusam..


Sunday, February 8, 2009

Jalan Jalan ke ?

Ghost Rider

Hari tu aku balik kampung, nak tolong ayah aku buat rumah. Aku balik hari Sabtu, (Sabtu sebelum raya Cina)..Dah la balik selepas Subuh, menyesal aku. Sebab pagi tu aku tak nampak jalan (dan memandangkan aku rabun silau dan bizer helmet aku yang gelap). Dengan kabus ntah ape bende kat simpang Behrang..


Kabus la pulak

Ingatkan balik awal pagi best la sangat, rupa-rupanya lebih sakit lagi adela. Boleh dikatakan setahun aku tak pernah balik naik motor dari Ipoh ke Kuala Lumpur, ade la sedikit janggal.

Mungkin kesilapan aku membawa motor ni ke Ipoh disebabkan perangai aku yang suka kuar kul 11 malam untuk membeli roti canai dengan air milo ais bungkus..

Tuesday, February 3, 2009

Aku nak benda ni boleh?

Adela satu pagi tu, time pekedai-pekedai cina dah start mula beroperasi perniagaan mereka, tiba-tiba aku nampak objek putih yang first time aku tengok tak pernah ada dalam internet kaler dia camni..

Ohh ZX10R...harga baru rm88,000 jer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...