Hari tu sangat panas. Tidur aku pada malam tu tak pernah lena. Andai lena sekalipun, tak terasa nikmat tidur yang sebenar. Aku rindukan kicauan burung, desiran angin yang sepoi sepoi dikala subuh telah pergi jauh.
Kamu, ini nasihat aku. Sama ada kamu ingin faham atau tidak, kita dianugerahi akal fikiran. Terpulang kepada kamu. Semua rakan aku mahu tahu situasi perasaan aku.
Aku bukan manusia bijak. Aku belajar sebab aku bodoh. Ya, ilmu aku terlalu sedikit, ilmu kamu mungkin sangat banyak. Ilmu terlalu luas seperti buih di lautan seluas bumi ciptaan Allah.
Adakah kerana aku bodoh kamu ingin membuat keputusan tanpa berbicara. Sekali lagi aku katakan, ya aku memang bodoh. Aku tak akan mengejar wang dan harta demi meninggalkan ilmu yang sedikit bagi kamu. Bukankah wang dan harta tidak akan ikut bersama kita selamanya? Tapi kamu merendahkan ilmu aku.
Kamu, aku juga ada bapa dan ibu seperti kamu. Aku sangat susah di negeri kamu. Mungkin kamu sengat senang di negeri aku. Walaupun aku susah, aku sangat menghormati ibu bapa kamu. Aku tak punya harta, tapi demi keluarga kamu, cukuplah aku sekadar manis berbicara dengan mereka. Kerana berbudi bahasa itu lebih millionare nilainya berbanding wang yang kamu kejarkan.
Kamu, jangan lah bersikap agak berlebihan kepada ibu bapa aku di negeri aku. Bukankah aku tak pernah melayan ibu bapamu dengan kurang adap di negeri kamu. Tahukah dalam hidup ini menghormati antara satu sama lain lebih bernilai dari segala wang. Kamu telah lupa!
Aku nyatakan wang bukan segalanya. Kamu katakan segalanya perlukan wang. Tahukah kamu perkataan bodoh aku lebih baik dari kamu. Kamu rasa, bolehkah kawan dibeli dengan wang? Bolehkan sifat hormat dibeli dengan wang? Adakah kamu ingin beristeri yang melihat wang kamu semata-mata?
Aku tak mahu menjelaskan kepada kamu dengan lebih panjang. Aku cuma minta kamu belajar menghormati manusia lain. Kamu jangan menjual perkataan 'mahu bantu' aku, andai sebenarnya kamu memaksa aku. Tak pernah aku menghalang impian kamu untuk berjaya, namun sedarkah kamu disaat aku ingin mencapai impian aku, kamu menghalang aku ditengah-tengah jalan?
Aku sangat kecewa dengan kamu.
No comments:
Post a Comment