Monday, May 11, 2009

Mimpi Kering [Ep.1]

Dulu tak seperti sekarang. Dulu bila aku berjalan, ramai tak pandang aku. Orang tak berapa kenali aku. Aku bagaikan angin, hadir tapi tak kelihatan. Melihat aku pun, hanya pakai Honda EX5, ape la sangat. "Motor posmen", sindir Abu, kawan aku yang agak gendut perutnya. Aku hanya diam.

Aku memang susah, sedang belajar lagi di negeri orang. "Sudah la, usah berangan. Dorang professional. Lain la ko, setakat EX5 ni, main willy jer, nak laju, laju lagi Kancil aku." kata Abu sambil tergelak. Perut nya bergoyang-goyang bagaikan ada air, gedung sana dan gedung sini.

Itu cerita 6 tahun lepas. Kini keadaan sangat berbeza. Tiap kali aku makan di Resoran Pancat, Jalan St. John Ipoh, aku menjadi perhatian. Aku menjadi tatapan. Nama aku menjadi buah mulut orang. Kejayaan aku disebut-sebut, merata. Tiap akhbar dalam berita sukan melaporkan kejayaan aku.

"Allo bro! Tahniah! Kau sangat berani! Kami suka melihat aksi ko minggu lepas!" jerit seorang brader yang aku tak kenali. Aku cuma tersenyum, sambil memberi isyarat 'best' dengan ibu jari. Ada yang bertepuk tangan, tanda happy. Senyuman dihadiahkan padaku. Aku agak malu kadang-kadang. Kucing pun boleh jelez.

Ketika aku membayar setelah selesai makan, ada yang mencuri-curi ambil gambar aku dengan henpon. Waktu itu semua henpon setanding dengan D40X 6 tahun lepas. Ada yang minta sign, aku tak kisah. Budak-budak, pakcik pakcik, akak akak, sekalipun mat bangla juga. Aku tahu mereka support aku. Tanpa mereka, siapalah aku.

Tak sangka, diploma aku diterima pasukan Kasawari setelah mereka berminat mengambil aku sebagai pelumba MotoGP pada 3 tahun lepas. Sejak itulah Valentino Rossin tidak lagi menjadi juara dunia lagi. Setiap lap dia aku pancung. Pernah dia terjatuh setelah tayar beliau langgar exzos aku yang agak panas ketika itu. Mesti dia panas dengan skill dasyat aku.

Kekalahan yang kerap The Doctor musim lepas pada pelumba Malaysia telah memberi nafas baru kepada anak Malaysia. "Si Rossin tu cirit nak kejar ko.. 5 tiang ko bagi dia makan asap, bravo man!" kata Abu si gendut di depan podium disamping gadis paddock yang agak seksi. Abu ketika itu telah menjadi pengurus peribadi aku. Seronok aku menjulang piala World MotoGP Champion kali kedua berturut-turut.

Terima kasih semua. Thank you! Air Pepsi ku sembur kepada si kalah Rossin, yang mendapat tempat kedua. Termasuk Dani Pedaroso yang mendapat tempat ketiga. Sejak aku menang, aku minta air pepsi jer. Janji boleh sembur. Biar korang kene air manis, jap lagi mesti banyak semut. Ho ho ho

Jam dah tunjuk pukul 3 pagi. Kul 6.45 pagi karang nak bersiap nak pergi praktikel. lagi 10 minggu nak abis praktikel Diploma Multimedia. Aku dah jauh mengelamun.

Z Z Z

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...