Thursday, June 25, 2009

Kemalasan yang Melampau

Semalam pun sama. Hari ni pun lebih kurang. Esok tak tau lagi camner. Nak angkat kaki pun letih, walaupun aku tak pernah angkat kaki. Nak capai tuala pun macam tak sampai.

Macam biasa, aku masuk bilik air, jenis malas nak tutup pintu. Cuma kalau aktiviti itu aktiviti liar dalam bilik air (mandi), mungkin aku tutup pintu bagi mengelakkan tempias air ke luar bilik air.

Mandi pun macam tak kena badan. Aku cuma inginkan tidur yang nyenyak. Diulit mimpi, mimpi tempoh hari yang bertajuk "Kau Melutut Di Depanku". Aku yang bagi tajuk tu memandangkan aku yang bermimpi, bukan korang.

Kalau bukan kerana panggilan telefon pada pukul 8.30 pagi tiap-tiap hari, mungkin mimpi itu bersambung ke episod yang lain. Aku terbangun dan berkata dalam benakku "Perlu ke pergi praktikel lagi?"

Hmmm...

Mentang-mentang penyelia aku dah datang kelmarin.

1 comment:

countess_anne said...

nice... sgt jujur dan mapu membuat kan saya tersenyum... barangkali anda boleh berkongsi kebijaksanaan ini dengan saya.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...