Monday, June 15, 2009

Rempit Pet Pet Pet Proot!

Imbas kembali malam tu, aku tengah makan kat kedai mamak, bersama Zul yang agak ting tong ketika itu. Mungkin kerana kelewatan untuk makan, kami pergi makan disaat pukul 12.30 malam minggu.

Owh, kebetulan ada Mat Pot Pet Pet Pet sedang membuat aksi di jalan raya sementara jalan belum 'Panas'.

Kat situlah aku meniliti yang Mat Pot Pet Pet Pet suka...

1. Memakai baju bebelang merah campur hitam berkolar. Tak pun mesti berbelang.
2. Gemar memakai Apollo (topi keledar, bukan snek wafer)
3. Pakai kasut sampan (sampan?) Sampan mane ada kasut.
4. Berseluar jeans ketat kat bawah.
5. Membawa beg kecil seperti jemaah haji menunaikan umrah
6. Memakai baju hujan Givi walaupun malam tu tak hujan
7. Membawa bersama beg kain SHOEI, nak buktikan jiwa kerempitan
8. Membuat aksi sarkis, seperti menunggang dengan satu tayar
9. Berkumpul beramai ramai, dan race pun ramai ramai
10. Lari bila dikejar abang polis.

Baik buat kerja yang berfaedah.

2 comments:

nana~ said...

sume ciri2 rempit tu ade dalam list tu. adekah anda juga seorang mat rempit? hihihihihihi....
betullah.. daripada merempit baik wat keje berfaedah kan?

Budak Pensel Yazid said...

ohh... janganlah menjadi rempit.. baik tunggang motor yang lebih besar lagi bergaya..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...