Saturday, December 12, 2009

Aku lelaki terkaya dalam Malaysia ?

Semalam aku jumpa Faizal. Faizal adalah kawan baik aku sejak aku belajar di IKM Lumut daripada tahun 2004 lagi. Sekarang masing-masing dah kerja.

Seronok bila kita jarang-jarang jumpa kawan seperjuangan dulu. Jumpa selalu tak best, tapi jarang-jarang tu lebih seronok, sebab berbual pelbagai cerita.

Tak kisah la cerita apa pun. Dalam bual-bual tu, aku lebih suka kalau ada kawan Faizal datang nak join sama. Tibanya dua kawan Faizal ni, seiklasnya aku sangat friendly dengan mereka. Bertanya pasal tempat kerja, tempat tinggal. Itu namanya berkenalan.

Aku tak kisah. Tengah sembang-sembang tu, mamat 'A' ni tiba-tiba open bisness. Bisness pelaburan la katanya. Cerita mesti nak gempak, sehari boleh cecah pendapatan sehingga RM500, dan sebulan RM 15,000, amacam?

Dia bekata lagi...

Kononnya berbeza dengan MLM lain. Untuk pendaftaran kena register sebanyak RM549. Kemudian kena bina binary piramid seramai 2 orang, dan aku kena pastikan setiap seorang ini mencari lagi 2 orang seperti berikut.

Kemudian aku 'mampu' menjana pendapatan sebanyak RM15,000 sebulan. Kemudian si mamat 'C' ni lak tanya aku, ada masalah tak dengan benda ni? Ya, aku jawab aku ada masalah kewangan. Mamat 'C' leh suruh aku pinjam mana-mana kawan sampai aku cukup RM549 untuk buat pendaftaran tadi. Untuk kuatkan hujah dia, dia start buka surah la, firman la, kalau nak kaya mesti kena mencuba, bla bla bla.

Sepanjang dia bercerita tu, sebenarnya aku semakin panas. Tapi aku diam. Diam kan intelligen!

Sebenarnya MLM ni ramai takkan berjaya. Sebab MLM ni cuma mampu buat orang paling atas dan second level je kaya. Awal-awal lagi aku dah tau. Sebab, jika aku monitor network downline aku pun, aku cuma mampu jaga first line je. Second line aku takkan dapat monitor lagi sebab aku dah tal kenal orang tu.

Kat sinilah ramai orang gagal untuk bina dan maintain network.

Kamu bayangkan aku kena daftar sebanyak RM549, dan downline bawah aku pun kena bayar sama juga. Kalau dijumlahkan, aku termasuk 8 orang x RM549 = RM4941.

Kan lebih baik aku cari 8 orang, aku suruh 8 orang ni belakon jadi network aku, dan aku registerkan semua sekali berjumlah RM 4941 guna duit aku untuk memastikan aku dapat RM15,000. Daripada aku pinjam RM549 daripada kawan-kawan, lebih baik aku pinjam RM 4941 kat Ah Long. Lihat gambarajah di bawah.

Kamu rasa, kenapa si 'A' dan si 'C' sendiri tak buat macam ni kalau tujuan sebenar MLM mereka ni nak makan duit-duit register ahli yang gagal bina network piramid masing-masing. Apabila kamu telah daftar, kamu telah terperangkap untuk mendapatkan kembali wang kamu dengan mengajak rakan-rakan sertai sama. Perkataan 'mampu' menjana RM15,000. 'Mampu' disini bermaksud belum tentu.

Dan apabila kamu berjaya sekali pun membina network, kamu sebenarnya perlu melakukan kerja lain untuk memastikan kamu benar-benar dibayar RM15,000. Ia tidak disebut pada mula-mula kamu register sebelum ini. Sangat mustahil ada syarikat yang kamu bayar RM 4941 kepadanya dan syarikat tersebut membayar kamu RM 15,000 tanpa kamu melakukan apa-apa.

Kalau betullah boleh kaya, dah lama si 'A' dan si 'C' sudah kaya sekarang.

Kesimpulnya, kalau ada sesiapa yang offer kamu, kamu tolak dengan mengatakan kamu tiada masa, kamu banyak kerja, atau apa-apa sahaja yan berkaitan dengan masa. Jangan sesekali kamu mengatakan kamu tiada modal. Check Mate!

12 comments:

jimah said...

hurm.. pernah rase gak.. mmg panas gler.. care cakap mmg kayeee aje.. biler org xnak, mule r gune ayat 'ni r sbb melayu x maju2, x brni mencube r.. bla.. bla..' hangin smcm je.. yg pasti, toksah r terjebak ngan mende2 neyh.. (^.^)

Sh. Nursyahidah said...

ni pengalaman sy.

ada kwn sy,dah lama tk contact sy.tiba2 muncul pula.dgn prasangka yg baik,sy tk syak apa2.lama2,baru la dia bgtau yg dia sbnarnya nk introduce 1 bisnes ni.

ok,sbb rasa hormat,sy dgr je la marketing plan dia.tp,sy dapati MLM yg dia cuba terangkan tu,ada muslihat,penipuan.

MLM- based on product kan.tp yg dia bgtau ni,lbh kepada recruit org.

sama jg dgn awk,dia suruh sy pnjam duit dr mna2 sumber.dan lbh pnting,dia sruh jgn bgtau siapa2 ttg bisnes ni.

say no to MLM!

mfo said...

setuju! aku juga mempunyai pandangan yang sama. byk yang cuba approach dgn MLM ni, tapi aku masih xpercaya.

paling best bila keluar ayat "semua mahu berkongsi keuntungan" - betul ke? ada ke orang nak berkongsi keuntungan dengan individu tak dikenali??

Rezeki ada di mana-mana, tapi bukan dengan MLM!

mdnurie said...

mereka2 nie suka berkata manis dari yg pahit...demm..

Loko said...

Kenapa Donald Trump Berkata "Jika Empayarnya Yang Ada Sekarang Jatuh Bankrap n Muflis, Dia Akan Membina Kerjaya MLM"?? Persoalannya WHY?

Berjaya @ Tidak itu ditentukan oleh INDIVIDU tersebut.

Budak Pensel said...

special text to all MLM organiser : kenapa orang sibuk-sibuk nak guna perkataan Donald Trumph untuk main MLM ? Donald Trumph tu dah sedia ada kaya, so, kalau dia buka MLM, mesti dia jadi first line dan dia xperlu susah payah macam Melayu sekarang nie..

Loko said...

persoalannya why yg billionaire tu keluarkn statement mcm tu? why?

Budak Pensel said...

Billionnare? Kalau betul2 billionare kat malaysia macam Tan Sri Abu tu mesti dia juga propose benda camni.

Loko said...

persoalannye why statement Billionaire donald trump tu diguna pakai n why donald trump brkata begitu?

di sni xde kena mengena psal tan sri abu ke tan sri dolah ke..

StingRay said...

hehe..loko ni mesti orang MLM.dia terasa kot.

rezeki memana.Cuma banyak sangat MLM sekarang ni...tu yang orang dah bosan kot.

Budak Pensel said...

Donald Trumps tu xde la kaya sangat, kalau tengok dalam list selebriti, Donald Trumps ada dalam list tersebut. Dia pun dalam Top 30 jer.

Dalam list tersebut, Angelina Jolie lagi kaya daripada Donald Trumps..

Ko Mesti tak update ni..Haha

Budak Pensel said...

to Loko : ko nak main MLM ni pun tak kenal Tan Sri Abu dalam Malaysia.

Kalau ko rasa nak jadi jutawan la kan, ko kene search sape Tan Sri Abu, dan ape projek dia kat Malaysia ni..

Mungkin ko pernah guna kemudahan dia..

Kalau tak , macam mana ko leh jadi orang Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...