Selepas itu, aku tak mahu banyak bicara tentang sesiapa, mungkin untuk sementara atau mungkin untuk jangka masa yang panjang. Bersikap dingin kadang-kala adalah satu jalan yang baik untuk melepaskan diri sendiri.
"Kamu pernah krisis kan?, dan tahukah kamu sebaik-baik jalan untuk melepaskan diri adalah diam.."
Ayat ini selalu aku teringat bila aku berada dalam situasi yang dinyatakan diatas. Seperti makan juga, makan bila lapar. Mungkin aku akan berbicara bila perlu. Bila banyak bicara, selalunya 'orang' mudah makan kita, atau pijak kita.
Kadang-kala, bila kita bersuara kemungkinan kita mampu menyinggung perasaan orang lain. Mungkin kita boleh menjadi sorang pemarah, namun untuk mengelakkan semua itu, bukankah lebih baik hanya diam.
Kamu juga pernah krisis bukan?
11 comments:
diam mencrari ketenangan..ada masa berdiam adalah ubatnya
btol tue....dia penyelesaian nya..
yep.. senyap itu lebey bek.. tunggu kool dulu baru bebel balik... heee..
to firol : tapi sebenarnya pendiam lebih lama adalah lebih baik..
to jimah : aik, dah bebel balik silap2 jadi balik..adoi..
aku slalu simpan kalo d masalah.. huuuu
silence speaks for itself :)
betul2, dan sometimes, we have to keep silence to be heard:D
sokong sangat..
entri ni mmg btul..
tapi kadang2 diam bkn jalan kluar..
kalau diam tp still skit hati macam mana? nak buat ape?
entry terbaik, bukan setakat entry ni tapi semua
Post a Comment