Thursday, March 25, 2010

Waktu yang sangat kronik

Aku rasa, benda yang paling penting sekarang ini adalah tahu kat mana kita berada. Low profile bagi aku pada waktu aku menulis post ini ialah sedar diri kat mana aku berada, dan duduk diam-diam, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Perkara yang kedua, walau apa yang terjadi, kita harus berkomunikasi dengan lebih berbudi bahasa, walaupun ada ketikanya terasa sangat sukar untuk berbudi bahasa lebih-lebih lagi bekerja dibawah tekanan. Kena pula orang tu memang habit seseorang yang tak mampu kawal kemarahan.

Dulu, aku seorang yang bad temper (tak konfiden nak eja) atau panas baran. Tapi secara rumusnya, seseorang yang seperti di atas hidup sebagai seorang yang sangat rugi. Hidup dalam keadaan yang paling disisih, sebab perangai marah yang tak boleh kontrol. Kamu faham apa itu LOSER?

Itu cerita dulu, sekarang aku lebih banyak mendiamkan diri apabila diberi tekanan. Tekanan tersebut seperti sesuatu yang menghentak kepala aku sehingga aku jadi sedikit baran. Aku kontrol baran tersebut, dan aku mula set dalam minda aku kerja itu enjoy.

Paling aku tak suka bila orang tu tunjuk-tunjuk baran dia seolah-olah semua orang akan takut. Seolah-olah biar orang faham dia sedang marah. Marah yang membuak-buak, macam gunung berapi nak meletup.

So, aku buat-buat pekak dan tak nampak pada waktu tersebut.

Kalau kamu, kamu buat apa pula.?

1 comment:

pensel kontot said...

same la...wat dunno je...


hehehe



dok diam2 sudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...