Mungkin aku perlu berikan sedikit pendapat, aku harap kalau ada politician yang membaca post ini, sila fikir secara logik apa yang aku mahu kongsi bersama.
1. Apabila kita memandu di jalan raya, pastikan kita mempunyai lesen memandu. Dan jangan memandu di jalan raya tanpa lesen, sebab kita perlu menghormati keselamatan orang lain yang sama-sama menggunakan jalan raya.
2. Sekiranya kita mempunyai kereta, adalah salah disisi undang-undang memberi kepada orang yang tidak mempunyai lesen memandu lebih-lebih lagi mereka ini bawah umur. Melakukan perbuatan di atas secara terang-terangan pemberi harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku selepas itu.
3. Apabila diminta berhenti oleh pihak berkuasa, patuhi arahan tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kita berada dalam situasi paling merbahaya, atau meninggalkan syak wasangka pada polis. Sila rujuk kuasa polis semula apa yang mereka akan lakukan jika arahan menghentikan kenderaan tidak dipatuhi. Atau tanya di Balai Polis berhampiran.
4. Sebagai pengguna jalan raya, sangat mustahil pemandu di belakang mampu mengecam pemandu dihadapan lahir pada tahun bila.
5. Jangan mudah menyalahkan orang lain. Sepatutnya kita mencari iktibar kepada apa yang berlaku. Ini bukan kes baru, sudah banyak kes yang memaksa polis melepaskan tembakan apabila arahan menghentikan kenderaan tidak dipatuhi.
Hal dunia kita fikir melalui Logik Otak kita, hal rohani kita gunakan Al-Quran dan As-Sunnah.
Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, kerana dia juga saudara kita. Dan ambillah iktibar dari apa yang berlaku, dan hentikanlah saling salah menyalahkan antara satu sama lain.
1 comment:
gua sokong lu!
Post a Comment