Sunday, June 20, 2010

Musim kahwin yang lepas

"Sham, Custom dah siap. So esok kau leh collect CD dari aku, dan hantar ke kedai aritu selepas lunch ok."

"So nanti kalau dah siap, bagitau aku. Yang satu lagi Custom Album tu nanti aku buat, bagi aku gambar outdoor KL hari itu. Satu lagi kau punya bisness card tu nampak kosong je. Biar aku edit sikit la ok."

Sham budak photographer aku, so aku backup designer dia. Kalau ada event nak caling-caling, call seperti yang tertera di atas. Kalau kahwin tu setakat nak buat bunting, backrop atau banner, boleh je.

Tadi tengok MotoGP pun Hayden tak leh makan si Ben Spies tu. Kejap lagi Brazil lawan Ivory Coast, nasib baik tadi dah tidur siang dah.

Monday, June 14, 2010

Merujuk Kepada Perkara Di Atas

Kadang-kadang aku rasa, sesuatu yang kita nampak itu selalu akan memberikan banyak makna, lebih-lebih lagi benda tu membuat kita teringat kenangan yang silam.

Ada masanya, apa yang aku nampak hari ini tidak sama macam apa yang aku lalui sebelum ni. Mungkin selepas 10 tahun baru kita rasa betapa indahnya kenangan bila kita ingat kembali.
+

Friday, June 11, 2010

#1 Tag dari Lemonade

1. Apa yang akan anda buat bila dapat tahu member anda tikam belakang anda?
Buat tak tau jer. Doakan dia cepat berubah, lagipun kalau orang dah tak betul, nak cakap banyak pun tak guna.

2. 6 orang di hati anda.
Kalau amik family aku pun dah cukup 5 orang. Tinggal satu tu mesti la teman hidup akan datang. Haha

3. Anda rasa anda comel?
Ada masanya bila aku buat muka buruk tu la ada perempuan kata tu comel. :P

4. Single or taken?
Mana-mana pun boleh. Single sebab dalam bahasa Melayu tu bujang.

5. Blog yang anda suka….
Blog tutorial photoshop.

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Aku tidur kat ruang tamu rumah jer, sebab tak kacau bilik. Bilik kemas tengok la kalau duduk asrama memang kalau pergi kelas bersepah. Bila nak tidur je kemas balik.

7. Lagu terakhir yang anda dengar?
Coco - Mengintai langit. Tu lagu last sebelum aku tertidur malam tadi.

8. Last text message..
Syg ( ade orang hantar meseg tadi lar )

9. Last phone call..
Sham Tumiran, budak photographer yang baru beli tele photo lens.

10. Hari terakhir anda menangis
Tak tau la. Kadang-kadang aku ketawa atas motor pun sampai menangis. Haha

11. Five-5- favourite colour
Biru ( Chelsea ), Merah ( bukan Man U, tapi sebab panggilan Red | Linux ) Hijau, Hitam dan Putih

12. Orang terakhir YM?
Sape ar, lupa la. Lemonade kot

13. Game paling anda suka?
Fifa08, Call Of Duty dengan Counter Strike. Game yang cepat buat aku bosan.

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
Sebab ada hutang tag dengan Lemonade, rasa best sebab first time jawab tag dalam blog nie. Haha

15. Anda rasa tag ini best?
Biasa je la, kalau nak bandingkan aiskrim kat 7E tu lagi sedap kot.

16. Tag lagi 10 orang.
Sesiapa yang nak jawab tag ni, tinggalkan komen dulu la. Nanti aku check balik, pastu aku tengok blog korang ok!

Wednesday, June 2, 2010

Hanya tinggal kurang 30 hari

Bulan ni aku agak pening sikit. Aku rasa kesibukan aku terletak pada luar dari tempat kerja selepas ni. Aku rasa macam penantian yang aku letak lagi 6 bulan akan datang sebenarnya silap. Sebenarnya bukan 6 bulan, tetapi tinggal lagi kurang 30 hari.

Sebagai satu hint. Bila kamu sudah mendapat pekerjaan, kamu sudah bekerja lama dengan tempat tersebut, dan suatu hari kamu perlu tinggalkan tempat kerja yang sangat kamu sayangi, untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah.

Perasaan sayang tu sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...