Tuesday, July 27, 2010

Sekecil Kisah Aku untuk Kamu

IMG_0864
Sebenarnya untuk pengetahuan kamu, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda dalam Teknologi Skrin dan Animasi di UiTM Shah Alam pertengahan tahun ini.
+
Cuma malangnya semasa aku mendapat tawaran tersebut, aku sudah pun membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di tempat mula-mula aku buat diploma. Ya, kalau ada diantara kalian yang selalu mengikuti perkembangan aku di blog ini, mungkin kamu sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.
+
Dulu semasa aku belajar di GiatMara pada tahun 2003, aku selalu berdoa agar Allah memberi jalan aku ke UiTM. Aku suka UiTM, sebab nampak bagus. Setiap hari, setiap saat dan detik aku terus berdoa. Namun semakin lama aku menanti, aku rasa bagai tiada rezeki sejak awal-awal lagi.
+
Dan 7 tahun kemudian, aku rasa peluang aku itu dibuka luas untuk aku ke sana.
Waktu dapat berita itu, aku betul-betul dalam dilemma, sebab doa yang aku panjatkan selama 7 tahun penantian sudah ada di depan mata.
+
Tapi hajat aku untuk melanjutkan pelajaran kali ini tidak ke UiTM. Teringat orang selalu kata bila kita betul-betul mahu, mesti tak akan dapat. Tapi detik kita sudah melupakan, ia hadir sewaktu kita sudah buang impian itu jauh-jauh.
+
Aku ingin menasihatkan aku dan diri aku, Allah menduga kita sejauh mana kita bertahan, dan selama kita mendekati Dia, sebenarnya Dia semakin kasih terhadap kesunyian hati kita.

Monday, July 26, 2010

Terasing

Feel Alone
Aku mungkin dah biasa rasa macam ni. Bukan pertama kali atau banyak kali. Tapi biarlah aku sendiri yang rasa, sebab seringkali berlaku perkara yang sama tentang sesuatu perasaan itu, ia adalah perasaan yang paling indah, sebab ia sunyi.
+
Jadi aku fikir, lebih baik buat tak tau dengan apa yang ada atau apa yang telah berlaku disekeliling aku. Jika tidak, perasaan seperti menjaga di tepi kain orang, lebih merasakan diri melakukan kesilapan yang besar, pada halnya kesilapan yang kecil.
+
Lagi satu, aku tak pernah kata kalau kita berdamping dengan orang-orang hebat kita akan tampak hebat. Sedangkan kalau setakat memikirkan populariti atau kemudahan orang lain, bagi aku ibarat 'loser' yakni perkataan untuk perbuatan paling rendah martabatnya dalam pendirian aku ni.
+
Cuma aku mahu berkongsi dengan kamu, jangan mengharapkan sesuatu kebaikan, jika kebaikan itu yang kamu mahukan walau hakikatnya kamu hanya ingin menumpang kasih.

Da Bachelor #2

First batch
Jo Jamlut
Puan B
Aku rasa sekarang sepatutnya semakin sibuk, tapi sampai sekarang aku rasa banyak masa yang terluang untuk aku buat. Hmm

Wednesday, July 21, 2010

Mungkin ini pengajaran untuk pengabisan kali

Satu kelemahan manusia adalah kurangnya sifat menghargai terhadap keistimewaan dan kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang lain.

Bila manusia itu sudah rasakan dia tidak dihargai, manusia itu akan mudah untuk give-up dalam melakukan kerja yang selama ini dilakukan secara iklas dan jujur untuk kebaikan semua.

Mungkin la ada orang cakap, "Kau bagus, kau bermanfaat untuk kami semua." Namun hakikatnya sekadar perkataan tidak cukup untuk melambangkan bahawa kita ini dihargai kalau pujian itu menjerumus kepada tindakan 'take-advantage' secara berterusan kepada individu tersebut.

Manusia memang dianugerahkan sifat iklas dan jujur dalam melakukan pelbagai perkara, namun dalam masa yang sama, belum tentu ikhlas itu akan bertahan lama. Sebaliknya, individu itu akan dipakai habis semata-mata untuk jimat kos. Ini adalah fact dalam post kali ini.

Semua orang ada hak untuk bersuara.

'Kadang-kadang diam itu melambangkan kebodohan.' - Budak Pensel, July 21, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Da Bachelor

Mungkin ada orang rasa aku sudah mula tinggalkan blog ini. Tak la. Aku bukan tinggalkan blog ni. Cuma aku melalui proses transfomasi ke arah yang lebih baik. Ya sekarang aku telah kembali ke Ipoh untuk melanjutkan pelajaran.

Cuma ada sedikit kelewatan, mungkin disebabkan oleh faktor-faktor permulaan untuk menjadi seorang pelajar, walaupun untuk sekiannya hanya pelajar baru untuk permulaan yang baru. Cuma aku bukan senior, macam yang selalu dibanggakan noob dan newbies. Hmm.

Tiada noktah pun dalam hidup aku, melainkan panggilan terakhir dari-Nya. Aku rasa aku perlu melakukan sesuatu yang amat penat, asalkan ia memuaskan aku di suatu hari nanti selepas 2 tahun aku melakukan ini.

Kesukaan aku, aku mendekatkan diri kepada sesuatu yang amat jauh, yang tak pernah aku temui selama ni. Dan sesuatu yang amat aku perlu selama ni. Kalau kamu memikirkan nostalgia itu sangat berharga, mungkin kamu ingin mengecapinya sekali lagi, walau hakikatnya sesuatu cerita itu tak mungkin kembali sama seprti pernah kamu laluinya dulu.

Apakah masalah jika kita ingin menjadi manusia yang baik, apabila aku melihat seseorang yang sangat bijak sangat mudah menolak sesebuah pendapat yang belum pasti ia salah.
+
Aku harap, kamu apabila menjadi manusia yang berguna, kamu sentiasa menjadi manusia yang merendah diri, berdamping dengan kelemahan manusia lain, agar kita sentiasa menjadi insan yang lebih baik.
+
Agar kita selamanya disayangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...