Tuesday, June 21, 2011

Semua yang hadir itu

IMG_6461

Berdiri dalam keadaan yang sangat tertekan, hanya menanti apakah rahsia yang Allah simpan disebalik kejadian. Tiada yang mustahil dalam kehidupan, dan pastinya kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan. Begitulah juga disebaliknya.

"Yang membezakan penantian hikmah dari Tuhan, bagaimana kita memenuhi tempoh ujian itu dengan tabah dan sabar" Budak Pensel Jun 21, 2011. 

Sunday, June 12, 2011

Loop - By Canon EOS Digital 600D / Rebel T3i / Kiss X5



Jika mahu membeli DLSR yang mempunyai fungsi video yang hebat dalam lingkungan RM2950 kebawah, Canon 600D memang pilihan terbaik.



Dari DSLR, belajarlah sesuatu yang lebih dari photography semata-mata. Mungkin kamu mempu menjadi pengarah filem pendek mengikut kreativiti yang kamu simpan selama ini. Grab it now!

Monday, June 6, 2011

Pameran ICT Upin & Ipin Stadium Indera Mulia Ipoh

n

Pameran ICT Upin & Ipin yang diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak pada 3 Jun sehingga 5 Jun 2011. Aku datang sebab nak memeriahkan majlis. Sambutan agak menggalakkan terutamanya dari usia peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa. Kehadiran 1Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, Sigh dan lain-lain  melihatkan betapa berjayanya animasi Upin & Ipin dalam menyatu - padukan rakyat Malaysia. 

_MG_1525

Antara booth yang menarik perhatian aku pada pameran ICT tersebut adalah booth Mantera. SpaceToon adalah syarikat animasi yang terlibat dalam penghasilan filem tersebut. Watak utama dalam filem ini adalah Tomok, hero gadis-gadis ketika aku sekolah menengah dahulu. Kepada kawan-kawan perempuan sekolah aku, usah menyimpan kepura-puraan terhadap husband-husband anda yang anda masih meminati Tomok okay. Weeek.

_MG_1522

Dari triller Mantera tersebut, aku berpendapat bahawa filem ini ada standard tersendiri dalam mengabungkan animasi dan CGI dalam filem di peringkat antarabangsa. Semasa aku menjalani latihan industri di Ipoh dulu, aku pernah ditawarkan untuk terlibat dalam latihan animasi bersama SpaceToon, kalau tak silap masa tu SpaceToon sedang mengumpulkan tenaga animasi untuk projek filem ini. Masa tu Julai 2009. Tapi aku tolak sebab aku nak balik kampung.

_MG_1536

Animasi Upin & Ipin kini menjadi bench mark kepada syarikat-syarikat animasi yang lain di Malaysia supaya bergerak lebih maju ke hadapan. Kejayaan Upin & Ipin kini seharusnya dianggap sebagai pembangunan positif dalam industri animasi negara. Bukannya kualiti animasi itu sendiri yang perlu dipandang tinggi, sebaliknya 'content' dan nilai-nilai murni dalam satu cerita itu juga perlu dinilai hebat dari segi kesannya terhadap masyarakat dan rakyat Malaysia khususnya. 

Nostalgia July - Seri Manjung, Setiawan dan Lumut.

_MG_1424

Perjalanan ke suatu tempat yang membawa seribu kenangan. Dah lama aku nak pergi tempat ini. Wajah yang aku sudah lepaskan 7 tahun yang lepas. Tempat aku mula-mula jejakkan diri ke negeri orang. Iaitu Setiawan - Seri Manjung - Lumut.

_MG_1431

Seri Manjung, tempat yang aku kenal dulu suatu tempat yang berbeza pernah aku jumpa. Pertama kali aku sampai ke tempat ini bersama abah aku pada pukul 5.45 pagi. Seri Manjung bandar yang unik. Sangat tersusun pentadbiran dan bangunannya. Itu ayat aku yang terpancul dalam diri apabila pertama kali aku 
melihat tempat ini.

_MG_1479

Aku mengharapkan sesuatu yang tenang. Tempat ini ada pantai. Tempat akses ke Pulau Pangkor. Ada pelabuhan. Ada kapal-kapal berlabuh. Tiada perkataan lain selain aku ingin ketengangan dengan memandang ke arah laut yang biru itu. Pernah aku berlari pada 7 tahun yang lepas dari Seri Manjung ke Lumut, semata-mata ingin melihat suasana pagi di Jeti Lumut. Ia kenangan yang sukar untuk aku lupakan.

New folder (5)
_MG_1506

7 tahun yang lepas itu sebenarnya itu cerita bermulanya aku datang ke Perak untuk menuntut ilmu. Institut Kemahiran Mara Lumut merupakan tempat membuat pengajian dalam bidang Architecture. Aku merupakan pelajar ambilan Julai 2004. IKM Lumut telah lama berubah wajah. Namun aku tak sempat melihat semua itu, meskipun aku sempat berbuat demikian semasa aku menyambung pengajian dalam bidang Multimedia di Ipoh pada Disember 2006.

Walaupun Ipoh bandar untuk negeri Perak, namun Daerah Manjung lebih tersusun dan lebih maju dari Ipoh. Lokasi pengajian, perlancongan serta base Tertera Maritim yang sangat besar di Malaysia. Mungkin ada yang tahu, tapi tidak ramai yang pernah jejakkan di kawasan yang aku pernah diami.

_MG_1470

Duduk di tepian laut ini, selalu mengingatkan aku supaya aku menyimpan semua kenangan-kenangan ini, dan aku kongsikan bersama mereka-mereka yang pernah jejakkan tempat ini, yang masih mengenali aku, dan yang masih meyimpan kenangan ini dalam hati masing-masing. Dan di tepian laut inilah, di lokasi kereta itulah  tempat aku selalu berbual dengan kawan baik aku, yang telah meninggalkan aku untuk kembali ke rahmatullah. 

Sesungguhnya, Allah lebih sayang dia walaupun aku seribu kali menyayangi dia. Semoga Arwah Fadzli diletakkan bersama-sama orang yang soleh. Al -Fatihah.

"Diberikan sedikit masa, agar kita manusia sentiasa menjadikan hidup atas dunia ini sesuatu yang sangat memberikan erti kepada manusia yang lain." - Budak Pensel Jun 06, 2011 

Suptem - Semua Kisah Bola

_MG_1365

Kalau aku cakap SUPTEM ni, kamu mana tahu kan benda apa. Gambar acara sukan yang dijalankan untuk Kolej Poly-Tech Mara, dan kampus Ipoh menjadi tuan rumah dan ia dijalankan di Kolej Professional Mara Seri Iskandar, Perak (KPM).

_MG_1318_MG_1320

Sukan di diadakan itu mesti ada kaitan dengan bola. Bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola bola. Asalkan ada bola wujudlah sukan. Cuaca amat baik, panas berangin. Lepas tu hujan rintik-rintik. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan, Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan rintik-rintik tapi tak hujan sangat.

_MG_1325

Bola jaring kan. Orang perempuan suka main bola jaring. Yang main kebanyakan junior. Ya, ada seorang akak senior namanya Kak Puteri sorang ni la, supporter tuan rumah tegar di luar padang. Selalu jerit 'Ipoh Go Go!. Kalau ada jersey lebih, boleh aku bagi kat dia.

_MG_1349

En Shazli aka Official Photographer untuk kolej. Walaupun nampak santai, tapi aku rasa photographer lagi penat daripada pemain bola yang beraksi di atas padang. Betul.

Wednesday, June 1, 2011

Batu Pahat Wedding

_MG_0709

28 Mei 2011, Batu Pahat, Johor. Bertolak dari Ipoh menaiki rombongan dari Kuala Kangsar. Mula-mula tunggu di Tol Simpang Pulai, apabila lack of communication, driver bas pula tunggu di R&R (Rehat dan Rilek) Simpang Pulai. 

_MG_0736_MG_0742

Tuan rumah semua pakai baju sama warna hijau-hijau biru. Ada jersey. Pengantin warna merah, tema ala-ala Manchester United. Tapi Barcelona tetap king.

_MG_0824
_MG_088w6_MG_0886

Cuaca sangat baik. Aku dengar adik kepada pengantin lelaki panggil ustaz tolak hujan? Betul ker?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...