Monday, June 6, 2011

Pameran ICT Upin & Ipin Stadium Indera Mulia Ipoh

n

Pameran ICT Upin & Ipin yang diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak pada 3 Jun sehingga 5 Jun 2011. Aku datang sebab nak memeriahkan majlis. Sambutan agak menggalakkan terutamanya dari usia peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa. Kehadiran 1Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, Sigh dan lain-lain  melihatkan betapa berjayanya animasi Upin & Ipin dalam menyatu - padukan rakyat Malaysia. 

_MG_1525

Antara booth yang menarik perhatian aku pada pameran ICT tersebut adalah booth Mantera. SpaceToon adalah syarikat animasi yang terlibat dalam penghasilan filem tersebut. Watak utama dalam filem ini adalah Tomok, hero gadis-gadis ketika aku sekolah menengah dahulu. Kepada kawan-kawan perempuan sekolah aku, usah menyimpan kepura-puraan terhadap husband-husband anda yang anda masih meminati Tomok okay. Weeek.

_MG_1522

Dari triller Mantera tersebut, aku berpendapat bahawa filem ini ada standard tersendiri dalam mengabungkan animasi dan CGI dalam filem di peringkat antarabangsa. Semasa aku menjalani latihan industri di Ipoh dulu, aku pernah ditawarkan untuk terlibat dalam latihan animasi bersama SpaceToon, kalau tak silap masa tu SpaceToon sedang mengumpulkan tenaga animasi untuk projek filem ini. Masa tu Julai 2009. Tapi aku tolak sebab aku nak balik kampung.

_MG_1536

Animasi Upin & Ipin kini menjadi bench mark kepada syarikat-syarikat animasi yang lain di Malaysia supaya bergerak lebih maju ke hadapan. Kejayaan Upin & Ipin kini seharusnya dianggap sebagai pembangunan positif dalam industri animasi negara. Bukannya kualiti animasi itu sendiri yang perlu dipandang tinggi, sebaliknya 'content' dan nilai-nilai murni dalam satu cerita itu juga perlu dinilai hebat dari segi kesannya terhadap masyarakat dan rakyat Malaysia khususnya. 

2 comments:

anak saha said...

baju petak petak tu abang saya =.="

Budak Pensel said...

really? :O

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...