Monday, June 6, 2011

Nostalgia July - Seri Manjung, Setiawan dan Lumut.

_MG_1424

Perjalanan ke suatu tempat yang membawa seribu kenangan. Dah lama aku nak pergi tempat ini. Wajah yang aku sudah lepaskan 7 tahun yang lepas. Tempat aku mula-mula jejakkan diri ke negeri orang. Iaitu Setiawan - Seri Manjung - Lumut.

_MG_1431

Seri Manjung, tempat yang aku kenal dulu suatu tempat yang berbeza pernah aku jumpa. Pertama kali aku sampai ke tempat ini bersama abah aku pada pukul 5.45 pagi. Seri Manjung bandar yang unik. Sangat tersusun pentadbiran dan bangunannya. Itu ayat aku yang terpancul dalam diri apabila pertama kali aku 
melihat tempat ini.

_MG_1479

Aku mengharapkan sesuatu yang tenang. Tempat ini ada pantai. Tempat akses ke Pulau Pangkor. Ada pelabuhan. Ada kapal-kapal berlabuh. Tiada perkataan lain selain aku ingin ketengangan dengan memandang ke arah laut yang biru itu. Pernah aku berlari pada 7 tahun yang lepas dari Seri Manjung ke Lumut, semata-mata ingin melihat suasana pagi di Jeti Lumut. Ia kenangan yang sukar untuk aku lupakan.

New folder (5)
_MG_1506

7 tahun yang lepas itu sebenarnya itu cerita bermulanya aku datang ke Perak untuk menuntut ilmu. Institut Kemahiran Mara Lumut merupakan tempat membuat pengajian dalam bidang Architecture. Aku merupakan pelajar ambilan Julai 2004. IKM Lumut telah lama berubah wajah. Namun aku tak sempat melihat semua itu, meskipun aku sempat berbuat demikian semasa aku menyambung pengajian dalam bidang Multimedia di Ipoh pada Disember 2006.

Walaupun Ipoh bandar untuk negeri Perak, namun Daerah Manjung lebih tersusun dan lebih maju dari Ipoh. Lokasi pengajian, perlancongan serta base Tertera Maritim yang sangat besar di Malaysia. Mungkin ada yang tahu, tapi tidak ramai yang pernah jejakkan di kawasan yang aku pernah diami.

_MG_1470

Duduk di tepian laut ini, selalu mengingatkan aku supaya aku menyimpan semua kenangan-kenangan ini, dan aku kongsikan bersama mereka-mereka yang pernah jejakkan tempat ini, yang masih mengenali aku, dan yang masih meyimpan kenangan ini dalam hati masing-masing. Dan di tepian laut inilah, di lokasi kereta itulah  tempat aku selalu berbual dengan kawan baik aku, yang telah meninggalkan aku untuk kembali ke rahmatullah. 

Sesungguhnya, Allah lebih sayang dia walaupun aku seribu kali menyayangi dia. Semoga Arwah Fadzli diletakkan bersama-sama orang yang soleh. Al -Fatihah.

"Diberikan sedikit masa, agar kita manusia sentiasa menjadikan hidup atas dunia ini sesuatu yang sangat memberikan erti kepada manusia yang lain." - Budak Pensel Jun 06, 2011 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...