Membiasakan diri untuk bermain tone merupakan benda yang agak best untuk pengguna Photoshop. Ada sedikit langkah mudah untuk mendapatkan tone yang biasa digunakan di dalam movie atau drama. Tutorial ini untuk mereka yang sudah mempelajari basic dalam Photoshop.
Gambar asal yang seperti ini, cuma tambahkan cinema crop untuk memberikan impak yang seakan-akan filem. Pergi ke Image - Canvas Size atau click CTRL + ALT + C pada background layer. Lihat contoh dibawah.
Gambar asal yang seperti ini, cuma tambahkan cinema crop untuk memberikan impak yang seakan-akan filem. Pergi ke Image - Canvas Size atau click CTRL + ALT + C pada background layer. Lihat contoh dibawah.
Letakkan 'Height' kepada 20, dan 'Width' biarkan sahaja kosong. Click ok. Kamu boleh meletakkan berapa nombor kesukaan kamu, asalkan kamu suka.
Sekarang tiba masanya untuk anda mengubah sedikit Color Balance, supaya gambar itu nampak lebih cool. Aku memang suka warna yang cool, sebab ia nampak sejuk. Pastikan kamu mencari Color Balance seperti yang tertera pada window Layer atau tekan F7. Lihat pada anak panah merah seperti gambarajah.
Ikutlah ape yang kamu nak ubah, asalkan kamu ada sedikit perasaan 'best' apabila kamu mengubah tone itu. Untuk gambar ini aku melebihkan level 'Blue'.
Dan terhasilah gambar di atas. Tapi bagi aku, ia tak cukup sempurna lagi. Aku main sedikit 'Exposure'. Exposure mampu untuk menyeimbangkan warna tona yang telah kamu ubah sebentar tadi. Kamu boleh buat ikut citarasa kamu. Lihat di bawah.
Untuk pengetahuan kamu, aku ubah level Exposure mengikut perasaan sendiri. Seorang yang suka bermain tone dalam photoshop wajib untuk memiliki perasaan itu. Baru boleh menjadi penggubah tone yang dasyat. Bunyi macam kelakar tapi ia benar.
Gambar akan lebih menarik jika kamu berjaya bermain 'Exposure' dengan baik. Namun, ada satu langkah lagi yang biasa aku gunakan sejak aku bermain dengan photoshop untuk mendapatkan tona warna yang lebih 'dark'.
Lakukan sedikit pengubahan dalam 'Brightness dan Contras secukup rasa, dan pastikan 'spot-spot' yang gelap itu tidak semakin gelap. Pastikan kamu mengubahnya dengan perasaan, jangan ubahnya mengikut sesuka hati untuk kali ini..
Gunakan 'Photo Filter untuk membuat final blend yang menarik. Ini adalah optional.
Akhirnya, kamu akan mendapat hasil yang seperti ini. Teknik ini amat berguna kepada mereka yang suka customize tone sendiri untuk mendapatkan kepuasan maksimum tahap Ultraman.
Kamu boleh menghias dengan meletakkan logo, kalau kamu suka.
Tambahkan subtitle, wah bertambah menarik. Mesti ramai yang tertipu.
Kesemua elemen-elemen dalam gambar ini adalah tujuan untuk pembelajaran. 100% photoshop CS5, no Plug-In dan capure by using Canon T2i.
"Teknik setiap orang berbeza-beza, dan mengikut pendapat dan perasaan sendiri. Ia tak salah." Budak Pensel, Mac 22, 2012.
8 comments:
tq coz tmbh kn ilmu ak hehehe
kalau ko tye aku depan komputer, lagi banyak stail yang boleh aku ajar kasi Mark II ko tu menghasilkan tone yang superb.
ade masa bole ag... tape2 nti kene "curi"tips2 nih ehehehe bole kew?
banyak tips untuk naikkan warna, matikan warna, amik je. kecuali ada tone2 tertentu yang diamanahkan oleh pihak JT. lain2 tone banyak lagi yang dalam stock aku. haha
sangat berguna, boleyh cuba ni..
mekasih berkongsi ilmu :)
wokeh... terbaik tok pembelajaran nih... thanx
aeda|photocrazy : thanks :)
Nazrin : orait. bley2.
Post a Comment