Manusia itu mempunyai satu pemahaman terhadap apa yang dia nampak dengan apa yang dia rasa. Nampak dan rasa, benda asas untuk manusia itu terus memahami sesuatu, dan menyampaikan dengan cara yang tersendiri.
Ada tiga benda tahap bila manusia ingin menyampaikan sesuatu.
Mengetahui. Kamu mengetahui sesuatu itu. Namun kamu tak memahami tentang apa yang dia tahu. Sebagai contoh kamu tahu tentang kehidupan seseorang. Kamu mengetahui kehidupan seseorang belum tentu kamu memahami tentang seseorang itu. Kamu cuma mengetahui dari apa yang kamu nampak dari sudut luaran sahaja.
Memahami. Kamu memahami sesuatu itu lebih daripada mengetahui tentang sesuatu. Memahami tentang sesuatu membuatkan kamu akan banyak kali selamat daripada pelbagai keadaan yang sukar. Ia banyak terjadi kepada mereka yang menjawab soalan lisan yang meminta pendapat individu. Jawapan yang diberikan oleh sepuluh penjawab soalan adalah sangat berbeza terutamanya mereka yang sekadar tahu jawapan ia, berbanding mereka yang memahami kehendak soalan. Mereka yang memahami akan memberikan jawapan dari pelbagai sudut yang ramai orang tidak tahu.
Dan
Menjiwai. Kamu menjiwai sesuatu itu, lebih daripada sekadar mengetahui dan memahami. Manusia yang berdiri hebat, menyampaikan sesuatu perkara yang dapat difahami ramai manusia, walaupun ia sehabis ringkas yang boleh. Menjiwai, melakukan sesuatu dengan sepenuh jiwa. Ramai artisan yang terpilih ke persada antarabangsa adalah mereka yang sangat menjiwai dengan seni yang mereka lakukan. Sebab terlalu banyak beza mereka yang mencuba membuat perkara yang orang lain telah buat, berbanding dengan mereka yang buat atas kehendak untuk menyampaikan sesuatu dengan cara yang mereka jiwai sendiri.
Orang kata menjiwai, dan menyampaikan sesuatu dengan perasaan, naluri dan hati sendiri ia lebih deep.
Sebab tu antara orang yang hebat di dunia adalah dikalangan mereka yang sangat rare, memulakan sesuatu yang tidak pernah dibuat pada orang sekeliling. Diangkat oleh masyarakat disebabkan keunikan mereka. Dan mereka tidak akan sesekali jatuh dengan mudah, kerana mereka tidak membuat apa yang orang lain sudah buat.
Ambil sahaja contoh manusia seperti Michael Jackson. Apa yang terjadi beliau sangat pioneer dalam apa yang beliau lakukan. Kalau ada orang nak tiru pun apa yang beliau buat, orang akan tahu Michael Jackson yang mencipta dan memulakan trend itu.
Dunia memang penuh dengan seni. Apa yang selalu diangkat oleh dunia apabila kita mampu deliver something yang sangat baru untuk mereka. Namun bukan sesuatu yang baru itu semestinya akan mampu memecah tradisi, ia sangat bergantung pada seseorang bagaimana ia disampaikan dengan cara masing-masing melalui hati dan perasaan mereka sendiri. Dengan sepenuh jiwa.
Sebab itu kamu perlu kenal siapa diri kamu. Baru kamu mulakan karya.
Sebab itu kamu perlu kenal siapa diri kamu. Baru kamu mulakan karya.
Tribute for Yuna and Jason Mraz
Photograph & Written by
Budak Pensel . April 2013 .
No comments:
Post a Comment