Wednesday, May 13, 2015

Silence.

Silence. Sunyi. Sepi di malam hari. Perasaan yang bercampur-campur. Bukan semua benda perlu kita kongsi. Bukan semua, hanya sedikit. Semua atas keperluan, kadang-kadang atas kehendak. Sebab itu perlunya sunyi seketika.


Masa berlalu pantas. Aku berlari perlahan. Mahu tengok semua benda sekeliling. Ibarat berdiri dalam satu tren yang laju. Bila kita senyap, sebenarnya kita observe orang lain. Bila kita bising, orang lain yang observe kita. Itu biasa, normal yang selalu terjadi. 

Namun, kepercayaan itulah yang membuat kita akan selalu mahu berdikari. Percaya pada rezeki Allah akan beri. Allah sentiasa ada, kita yang kadang-kadang ada. Susah selalu sekejap, senang selalu berpanjangan. Waktu senanglah selalu kita terlupa Allah selalu ada.

Pembelajaran. Ada sesuatu yang kita perlu belajar demi melengkapkan diri kita terhadap apa yang kurang. Sebab manusia tercipta serba kekurangan. Perlunya kita ambil kebaikan dan motivasi agar kita menjadi manusia yang sentiasa bermanfaat kepada manusia yang lain. Bersangka baiklah pada perancangan Allah. 



Bersyukurlah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Keluarga, sahabat. Tak perlu menambah, sebab yang sedikit itulah terdapat seribu rahmat dan nikmat.

Alhamdulillah. Allah telah bayar semuanya. Tempoh masa sekejap, yang mengajar erti yang lebih besar daripada tempoh tersebut.

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 13, 2015 .

#budakpensel #yazidalisya

1 comment:

Raihanah Ariff said...

Lawanyaa gambar-gambar. Jelly tengok tangan berbakat dapat snap gambar lawo camtu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...