Thursday, October 31, 2019

26 Oktober



26 Oktober 2019. 

Maka agak sebarislah tarikh lahir kami pada bulan Oktober. 24 October (Iman Levinia), 25 October (Aku), 26 October (New Born). 

Anugerah Allah yang tidak terhingga. Amanah untuk dijaga. Semoga dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami akan menyerikan keluarga. InsyaAllah. 

#budakpensel

Tuesday, September 10, 2019

Camera Transition - Jesse Driftwood



Antara Youtuber untuk tutorial camera video yang aku suka, sebab dalam satu video tu dia punya share knowledge dengan banyak, contoh yang mudah, ringkas dan padat. 

Wednesday, September 4, 2019

MOBILEGRAPHY : Approaching Strangers on the Street



Antara video yang aku suka tonton, sebab benda yang dia kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan bagi aku ia sangat baru untuk aku. 

Tuesday, September 3, 2019

About September

Rasa macam tahun ni diam-diam dah rasa di penghujungnya. Terasa seperti bulan lepas baru habis Ramadhan, hakikatnya Raya Haji pun dah berlalu. Berbaki lagi tiga bulan sebelum 2019 menamatkan ceritanya. 


Apa yang aku dapat sepanjang tahun ni? Tiada yang lebih indah daripada memanfaatkan masa itu bersama keluarga. Kalau masa ini dapat diputarkan kembali, nescaya aku akan habiskan masa lebih lama dengan keluarga. Aku tinggalkan perkara yang tidak membawa faedah, yang membuang masa lalu aku isikan ruang itu untuk mereka yang selamanya ada diwaktu aku susah. 


Apa yang terbaik pernah aku lalukan sepanjang tahun ini? Perbanyakkan masa untuk cuba menjadi yang terbaik, walaupun hasilnya hanya secebis. Banyak kali gagal untuk capai apa yang aku impikan, namun sebahagiannya yang berjaya itu menyimpan motivasi bahawa kejayaan itu tidak pernah datang tanpa usaha. 



Masa untuk kembali kepada blog ini, sedikit sebanyak memberi aku motivasi dan cerminan diri aku sendiri untuk mengimbau kembali apa yang pernah aku lalukan sepanjang mulanya aku menulis di sini. Tulisan yang aku dokumentarikan mengikut sedap hati aku, tanpa perlu berahsia kepada semua orang.



Setiap orang ada inspirasi hidup. Bebeza cara terjemahan kepada umum. Namun apa yang aku buat ini adalah diri aku sendiri, untuk apa berahsia benda yang umum sedangkan umur kita bukan semakin bertambah. 

Jadi terima kasih kerana kamu yang membaca blog ini. Semoga ada yang baik itu, kekal menjadi baik untuk tiap-tiap orang.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Sept 03, 2019 
Besok perlu banyak rehat. 

Sunday, August 18, 2019

Alhamdulillah




Alhamdulillah.

Sabda Nabi SAW: "Rahsia kebaikan seorang muslim adalah apabila ia bahagia, ia bersyukur dan jika ditimpa kesulitan ia bersabar." - HR Muslim

"Barang siapa yg tidak mensyukuri yg sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yg banyak." - HR. Ahmad 

Pernah jadi kepada aku ketika perbuatan baik yang aku lakukan tidak dihargai orang lain, kemudian aku bertekad tidak meneruskan kebaikan selagi ia mereka tidak ucapkan "terima kasih". Kemudian terlintas dalam diri aku apabila setiap pemberian Allah SWT itu aku tidak balaskan perkataan syukur, bagaimana pula Allah SWT akan tambahkan pemberian yang akan datang.

Pernah tak korang mengidam nak makan KFC namun tidak kesampaian. Cuba check kali terakhir dapat makan KFC itu ada tak ucapkan Alhamdulillah? Sebut "Alhamdulillah" sekarang untuk benda yang penah kau terlepas nak sebut ketika dulu.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Aug 18, 2019 
Kaki rasa lebih stabil. 

Thursday, August 15, 2019

Lain Orang Lain Cara



Lain orang, lain cara. Lain orang lain feeling. Lagi lama hidup dalam dunia gambar, semakin banyak terasa ilmu yang ada tu sedikit. Namun aku sharekan video ni agar korang boleh dapat sedikit idea untuk membuat editing.

Memang aku suka share info dalam blog ni, kemudian kau tengok berapa ramai orang gunakan ilmu yang kau sharekan, selagi itu la akaun pahala kau berterusan top up tak berhenti.

Tuesday, August 13, 2019

Kembali Kepada Blog

Dah lama tinggal blog. Bila rajin semula, rasa seronok. Ada content, ada benda nak share, ada rujukan sendiri, dan yang penting ia ibarat public diary untuk aku dan orang lain. 

Walaupun kekangan masa, tapi sebenarnya dalam kekangan itu banyak idea baru. Fresh dan ia sangat berguna jika kita tahu bagaimana untuk dikongsikan. Namun bila masa berlalu begitu sahaja tanpa kau cerita dalam personal blog, idea tu jadi lapuk, nak share pun macam tak berguna kerana topik tidak kena pada masa. 

Kenapa aku kembali pada blog? Sebab nak kongsikan sesuatu dalam media sosial seperti Facebook atau Twitter sekarang semakin semak. Terlalu banyak content tak tentu arah. Kemudian apa yang kita bangkitkan akan berlalu macam tu sahaja. Tak sama macam blog, seseorang boleh travers dalam blog tu sendiri. Even aku sendiri akan buka blog sendiri bila ingin merujuk kepada idea, topik, sample kepada rakan-rakan ataupun client. 

Sekarang menjadi trend kepada vlog. Cuma aku tak pasti dan kurang berminat nak fokus kepada content video kerana ia perlukan tambahan masa tak seperti hanya menaip di blog. 

Mungkin akan berguna pada suatu hari nanti. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Aug 13, 2019 
Dah Dapat MC kaki kiri sakit. 

Monday, August 12, 2019

Izzati Izwan | Engagement

Job di Raya Haji. Tahun ni tak balik kampung. Sebab cuti pendek + hampir pertengahan bulan. Lokasi di Pasir Gudang. Dekat. Shoot sampai petang. Alhamdulillah, lagipun esoknya (hari Isnin) cuti ganti Sabtu sebab Raya jatuh pada hari tersebut.  

Rasa seronok sebab cuaca ketika itu walaupun hujan, tapi sekejap sahaja. Dapatlah buat outdoor portraiture pada waktu petang. Dia jadi lebih best sebab di lokasi portraiture tu tiada pengantin buat outdoor kerana pada masa ini adalah musim cuti Raya Haji.  
  
Apa yang paling aku suka waktu buat outdoor portraiture ini adalah, benda yang kita nak shoot tu adalah selera mata kita sendiri. Walaupun ada kalanya aku admired dengan hasil kerja orang lain, namun bila sampai waktu aku buat portraiture, aku shoot ikut mata aku suka lihat apa, langsung tak boleh nak apply view photographer lain. 

Alhamdulillah sebab lighting semua okay, cuaca semua okay, location dan client juga okay. Tahun depan? Tahun depan dah kena ada jadual. Perancangan masa yang lebih teliti demi kejayaan diri sendiri. Ewah ! 


Photograph & Written by 
Budak Pensel . Aug 12, 2019 
Kaki kiri sakit, minggu ni ada ISO. Nak MC pun serba salah. 

Sunday, August 11, 2019

Levinia + Fredrix | Selamat Hari Raya Aidiladha

Membesar bersama. Hari-hari pandang dua orang ni. Tiap kali lihat mereka tidur, berkata dalam hati "Dah semakin besar dorang ni, rasa macam baru semalam je lahir". Dialog yang berulang. Mungkin sampai penghujung usia aku sebut perkataan tu.



Masa. Satu-satunya anugerah Illahi tidak ternilai. Sebab masa semalam tak boleh dibeli. Masa sekarang sedang berlalu. Banyak benda percuma Allah beri seperti udara, hujan, gunung, namun masa benda yang Allah beri ia semakin berkurang, tidak bertambah. Usia meningkat sampai satu titik henti iaitu kepulangan ke hadrat Illahi. 


Benda yang realiti untuk diceritakan, tapi tak ramai orang suka nak dengar. Hakikatnya kita pun semakin dekat kepada kematian. Jangan sia-siakan masa membuat perkara yang kurang memberi faedah. Isikan masa dengan sesuatu yang bermanfaat kepada kita, keluarga, ibu-bapa, masyarakat dan paling utama adalah kepada agama. Sebab, daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita akan kembali. Sedangkan orang yang telah pergi ke alam barzakh itu hanya ada satu permintaan. Iaitu ingin dibangkitkan semula semata-mata untuk sujud kepada Illahi. 

Indahnya keluarga apabila saling sebutkan nama Allah. Allah beri masa ni tak kurang dan tak lebih, ngam-ngam. Disaat Islam itu akan kembali terasing di akhir zaman maka beruntunglah mereka yang menjadi terasing itu.

Photograph & Written by #budakpensel
Budak Pensel . Aug 11, 2019 
Selamat Hari Raya Aidiladha. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...