Ia kelihatan hebat bagi mereka, terlalu biasa pada aku.
Kisah ini ketika aku darjah 4 dulu, aku bersekolah baru. Family aku berpindah pada tahun 1993 dari KL ke Puchong. Puchong amat panas, tidak seperti KL, sejuk bangat dan banyak pokok pokok.
Dulu kulit aku putih. Sejak berpindah ke tempat baru, tempat ni panas, terik, dan memeningkan kepala. Dah la aku sekolah petang, kuat berjemur bila tunggu bas sekolah yang lambat sampai. Sampai keputihan aku bertukar kegelapan secara tidak disedari.
Abah kadang kadang kata, muka aku dah macam kene salai. So dia bagi aku topi, suruh pakai. So sejak hari tu aku pergi sekolah pakai topi, sampai aku menerima ugutan dari guru-guru supaya tanggalkan topi apabila dalam kelas. Aku bukan perli abah aku, cuma kalau dah pakai, wat per nak tanggalkan. Aku selalu salah faham.
Topi tu biasa jer. Topi yang berlabel TV3 yang berjaring. Kaler merah. Orang kate merah tu striking. Aku menjadi perhatian bila berada di sekolah, di dalam bas, dalam tandas, dan waktu perhimpunan sekolah apabila memakai topi itu. Ada juga guru-guru memuji logo TV3 di topi tersebut, walaupun ia hanya topi jaring, seperti tapis santan kelapa yang berspan.
Zaman tu, orang-orang tertentu je yang ade connection dengan TV3. Mungkin dorang ingat abah aku ade link dengan Aziz Desa (MHI), ataupun Azwan Ali (Muzik Muzik) yang dulunya amat kental berbanding kini. Ya, dulu dia kental. Dan zaman tu tiada Jom Heboh untuk mendapatkan barang-barang TV3.
Sampai satu masa, ade la kawan aku ni, nama dia aku lupa. Tapi dia ade tanda seperti tahi lalat di matanya, amat hebat. Dia selalu perli aku. Dia kata aku ni bakal pengurus TV3, disebabkan aku pakai topi tersebut. Dia amat dengki, siap hasut kawan2 lain, tapi hasutannya tidak berjaya. Malah, ada kawan-kawan yang ingin fotostate logo TV3 di topi tersebut, memandangkan tiada Internet Connection untuk mendapatkan logo TV3 yang popular pada waktu itu.
Pernah aku tertinggal topi tersebut dalam bas sekolah. Sebab aku cuai. Driver bas tersebut ialah Abg Zul. Aku pernah tanya tentang topi tersebut pada Abg Zul, mana tahu dia jumpa. Ya, dia kata dia akan pulangkan. Lama la juga dia nak pulangkan, berminggu minggu. Kawan aku kata Abg. Zul pakai topi tersebut semasa dia dating dengan awek dia. Kawan aku ternampak.
Kini, semua itu hanya kenangan. Topi tu dah tiada lagi. Topi TV3, warna merah, berjaring, berspan.
Mungkin hanyut disebabkan banjir besar di Puchong dulu pada tahun 1994.
No comments:
Post a Comment