Monday, March 9, 2009

10 Perkara sewaktu pendek

10 perkara pelik semasa aku baru kenal dunia..
  1. Aku dibesarkan dengan anak patung teddy bear. Yang memakai snowcaps dan berbaju merah. Sekarang dah hilang tak tau sape kebas.
  2. Tak suka nasi lemak dan kuih muih. Aku makan Quaker Oat sampai la malam.
  3. Suka main masak-masak, main getah dan main teng teng macam pepuan.
  4. Bergaduh dengan kakak aku pasal warna harimau. Kakak aku kata oren, aku kata kuning.
  5. Suka peluk bantal peluk yang bertanduk untuk tidur, sampai la Kak Nani, merangkap sepupu aku kata pocong suka dipeluk malam malam.
  6. Makcik aku suka cium pipi aku. Aku tak suka, sebab air liur dia masam.
  7. Takut dengan patung afro McDonalds. Sebab macam gampunk.
  8. Selalu membuat larian pecut bila balik dari tadika. Banyak kali aku diselamatkan sepupu kerana hampir dilanggar kereta yang juga sedang memecut.
  9. Tak heran dengan mainan. Aku pantang jumpa pensel dan kertas. Melukis sampai tertidur.
  10. Selalu dikejar arwah nenek sebab suka melukis di dinding. Bagi aku lukisan aku cantik dan harus dipamerkan.
Gambar ni diambil selepas aku terpijak kismis kek makcik aku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...