Tuesday, March 17, 2009

Anugerah Saintis Muda 09

Ya, aku sebut kicap, kicap yang turun naik dalam botol 100 Plus. Aku sibuk, prepare untuk presentation yang berkaitan dengan air dan tekanan oksigen. Tak abis-abis picit botol.

Ok..Kita Start..

Baru-baru ini kami terpaksa membuat beberapa eksperimen atau tutorial untuk subjek Effective Communication Skills (ECS) yang memakan masa beberapa minggu dan present kejap sangat. Rasa tak berbaloi, dan tiada masa untuk membaca blog dan menulis blog.

Aktiviti dijalankan pada Isnin 16 Mac, dengan bermacam-macam saintis daripada kolej ni sendiri. Ada yang bermain api, main mancis, main gunting potong kaca yang mengarut ngarut, tapi benar.

Membuat candle light yang kian popular dikalangan remaja kini kerana mudah dibuat dan menarik. Ada yang membuat senjata untuk tembak pencuri seperti yang didemo kan Halim, yang kemudianya bermain pintu selepas dikerah menjaga pintu oleh Sir (demi menghalau bau mancis oleh hasil saintis Sakinah)


Kemudian demonstrasi menarik oleh Group Ihsan yang membuat penyedut hampagas tanpa vacum. Iaitu penyedut paku paku yang bertaburan di jalanan. Menggunakan magnet sebagai elemen penting dalam kajian mereka. Merupakan satu sumbangan kepada dunia penunggang motor yang elergy dengan paku paku di jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Saintis Joji yang kian popular dengan venegar nya setelah kajian mereka mendapati cuka bukan hanya untuk sambal. Cuka juga mampu memadam api. Kemudian Saintis Meor pula mendapati bukan kek sahaja boleh dicucuk dengan lilin bila Menyambut Hari Jadi. Telur juga boleh boleh dicucuk lilin, dan dimasukkan dalam botol plastik besar minyak Seri Murni secara terbalik.

Adaptasi Dragonball Evolution memberi inspirasi kepada gadis-gadis saintis muda ini untuk mencipta Ice Blend Dragon Fruit. Iaitu buah naga dan tiada kene mengena dengan bebola naga Son Goku. Demonstrasi ini sangat memakan masa yang panjang, dan ada yang sangat menguap menguap. Namun menguap itu pudar setelah Saintis Senah memberi minum Air Naga kepada rakan-rakan yang exited melihat ada coklat dalam air tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...