Sunday, April 12, 2009

Nasi Lemak di Manjoi Ipoh

Aku pun tak tahu bagaimana aku boleh jadi pembanci makanan (bukan pembenci). Ini semua gara-gara siapkan assignment kolej dari tengah malam hingga ke subuh. Dan manjadi tabiat aku mencari benda yang boleh di mamam selepas subuh.

Perbuatan aku ini telah dihidu oleh beberapa kawan serumah aku pada masa itu. Ia berlaku selepas aku sering keluar sekejap dan pulang membawa sarapan untuk aku makan seorang. Namun semua itu menjadi addict, sarapan tetap sarapan! Mereka pun terjebak.

Menjadi pembanci memudahkan jadual mamam aku seharian (sepagian). Ini antara Top 6 gerai yang bagi aku terbaik antara saingan yang lain yang boleh korang pergi.

1. Nasi Lemak Kontena "Acu" - Sebelah padang Masjid Manjoi.
Panggil makcik ni "Acu". Makcik ni kalau menjual dalam pukul 6.45 pagi. Kalau awal, korang tiada harapan. Datang lewat sikit. Makcik ni kalau seminggu menjual Nasi Lemak tu, direct jer. Kalau dia dah start cuti, tunggu la lagi satu minggu, ok. Jangan sembang lama sangat, mungkin korang lewat pulang, korang faham maksud aku tak?
:: 4 bintang ::

2. Nasi Lemak Anak Pak Lebai - Simpang Manjoi
Menghala ke Mydin Manjoi, bermula dari simpang tiga 'DEPAN' Balai Polis Manjoi. Lokasi dia selepas Pasar Pagi Manjoi di simpang sebelum kedai topup. Anak dia cun, tapi abah dia mak datuk, Pak Lebai. Pakai seluar panjang bila korang ingin beli (takut kena kuliah subuh je la) Nasi Lemak dalam kadar yang sederhana. Masih boleh dikategorikan ok. Sambal yang banyak belacan. Nasi (RM1.20) Kuih (3 singgit)
:: 3 bintang ::

3. Nasi Lemak KFC - Depan KFC, bukan dalam KFC
Depan KFC Manjoi. Dibuka lebih awal dari "Acu". Seawal 6.30 pagi. Masa ini, korang akan bersaing dengan pekerja kilang, MBI dan kerajaan. Siapa cepat dia dapat. Bukan kerana sedap, kerana nasi dia RM 1 tu banyak. Kalau tambah nasi tu mungkin korang tidak cukup telur. Sila tambah telur korang untuk nikmati juadah. Kuih (3 singgit)
:: 3 Bintang ::

4. Nasi Lemak Balai Polis
Bukan di balai polis, tapi berhampiran dengan deretan gerai di situ, kalau petang tempat orang menjual goreng pisang. Disitu ada gerai yang sibuk dan van Toyota buruk, itulah dia. Pelbagai lauk dijual termasuk rendang. Pelbagai pilihan lauk. Keadaan di sana memang agak kelam kabut. Jangan datang pukul 6.30 pagi, datang dalam 7.15 pagi. Pastikan jangan pakai duit besar, mungkin ada kesilapan baki nanti. Kuih (3 singgit)
:: 4 Bintang ::

5. Nasi Lemak Surau Manjoi
Ini adalah Nasi Lemak yang paling awal di Manjoi. Korang boleh bersedia menekan brek selepas korang telah melepasi Pasar Pagi Manjoi, Nasi Lemak Simpang, kedai topup. Antara kedai topup dan simpang surau. Nasi lemak dia simple dan terbaik, sambal kurang belacan. Cukup kriteria sebagai nasi lemak. Jika korang masih kenyang dan bila korang terbau nasi lemak ini, kamu akan kembali lapar. Korang faham tak maksud aku? Tiada lauk-lauk tetapi pelbagai kuih yang lebih sedap berbanding saingannya di Manjoi. Kuih (4 singgit)
:: 5 bintang ::

6. Nasi Lemak 3 Seragam
Dari gerai nasi lemak balai polis ke Ayam Winner,korang terus menghala ke dalam Manjoi, akan ada simpang ke kanan untuk pergi ke Ipoh, teruskan, jangan masuk simpang itu. Korang akan terjumpa gerai yang memasang lebih dari 3 meja. Nasi lemak ini agak biasa sahaja. Namun, ini adalah 'option' bila semua senarai nasi lemak di atas tidak beroperasi seperti biasa. Kuih dia besor - besor! 3 seragam bermaksud ada 3 orang makcik penjual yang akan mengawal perilaku anda. Kuih (3 singgit)
:: 3 bintang ::

p/s : saja kongsi pengalaman, dan kenangan

5 comments:

Anonymous said...

Saya pernah duduk dibandar Ipoh setahun, kursus di maktab IPIP. Saya tak minat nasi lemak, tapi saya memang gila lauk tempoyak yang dijual di restoran macam restoran Tasik Raban. Sekarang saya rindu Ipoh semata-mata kerana itu..hehe

Budak Pensel Yazid said...

nanti cari nasi lemak sambal tempoyak..mesti jadi suka

Anonymous said...

aduh nasi lemak sambal tempoyak....terus lapar giler malam-malam buta ni..hehe. Mana nak cari kat melaka ni dik...orang melaka tak tahu buat tempoyak..:(

Budak Pensel Yazid said...

ya! orang melaka tahu wat kari..sebab penjajah datang melaka sebab cari rempah..

(bukankah menjajah india lebih baik)

dina said...

kalau aku balik Ipoh, aku akan cari gerai2 yang kau gitau ni semata2 nak cari nasi lemak, teruja bila dgr ada kuih 4singgit lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...