Friday, November 20, 2009

Tengok ni! Tiba-tiba dah terlepas.

Kenapa aku terlepas daripada jemputan ini. Ops, masa ni aku sedang praktikel lagi la.

Wednesday, November 18, 2009

It Become Better

Minggu ni aku paling sakit. Mana tidaknya, selepas minggu lepas aku bekerja tanpa henti termasuk Sabtu Ahad, minggu ni pula terpaksa aku bekerja lebih masa sehingga saat aku tulis post ini, sebenarnya aku telah bekerja lebih 24 jam tanpa henti.

Dan sekarang ini hari Rabu, bermakna aku telah 10 hari tidak berehat sepenuhnya. Mental perlu kuat, dan anggaplah bukan kehendak kita. Anggap saja ia cabaran dan ujian Maha Esa. Semudah itu mampu aku sinopsiskan.

Pagi tadi, mak aku ter'sound' aku.

"Ko minggu ni kerja lagi ker?". Dan aku cuma mengiakan saja. "Kerja lah, kerja tengah banyak". Dengan penuh konfidennya aku menjawab, memandangkan ini jawatan pertama aku selepas tamat belajar. Sudah tentu cuba menunjuk kebagusan sebagai pekerja.

"Ko tak tahu ker jiran ko dah nak kawin minggu ni? , tu la, kerja siang malam." balas mak aku yang sedang melipat kain.

Mula-mula agak terkejut la, tapi bila fikir balik, agak kelakar. Sebab aku bukan ada pape pun dengan Nana, ( beliau merupakan anak dara jiran aku yang akan berkahwin ahad ini ). Cara mak aku bercakap tu macam Nana kecewa pada aku sebab asyik kerja.

Macam la, atau seakan-akan, atau hampir-hampir.

Atas sebab kejiranan niat mak aku tegur sebenarnya. Bukan pasal Nana tu duk syok kat aku sebelum ni. Jarang usya Nana tu pun. Tengok pun tak nak. Tutup pasal Nana sekarang.

Aku sekarang sedang sibuk mencetak iklan bagi Produa Alza. Semestinya aku perlu masa bekerja. Bukan kecik, 80 kaki x 10 kaki x 4 unit. Satu unit printing makan masa 4 jam.

Agak-agak, cantik tak MPV pertama Produa ni?

Cuba komen sedikit..


Thursday, November 12, 2009

Kongsi Bersama Kamu ( Baca Ler )

Ramai pembaca dan penulis blog tertanya-tanya mengapa aku agak slow mengupdate blog akhir -akhir ini ? Ya, aku rasa memang patut kamu tanya sebab ke'busy'an kerja setelah tamat belajar di Ipoh dulu. Aku rasa, sudah tiba masa aku kongsi bersama kamu apa yang aku buat sekarang.

Bekerja dengan syarikat advertising ni, memang padat jadual kerjanya. Client selalu hantar design, suruh edit itu ini, buat color proof, kemudian hantar kat dia sampai dia setuju dengan kemahuan dia.

Tak semua FA yang diberikan client sama dengan hasil printing kami. Jadi secara teknikal, kami perlu perbetulkan warna supaya hampir seratus peratus sama menggunakan large format printer kami. Kami print berskala kecil, dan bandingkan warna yang mereka print dari printer kecil mereka.

Setelah dua-dua pihak setuju, cetakan saiz sebenar perlu dijalankan. Seorang dari kami perlu menjaga kualiti cetakan supaya sekiranya ada sedikit masalah teknikal terhadap warna cetakan, kami perlu cepat hentikan printer dan buat ape yang patut. Satu cetakan paling minima biasanya 1 jam. Setakat ni faham ?

Setelah cetakan siap, finishing akan dilakukan atas kehendak kedua-dua belah pihak. Sambungan biasa dilakukan kepada visual yang lebih besar dari saiz material atau vinyl ( kanvas ). Sebagai contoh, kami terpaksa menyambung hasil cetakn sehingga visual mencapai sehingga 100 kaki! Lihat gambar atas lama-lama.

Setelah semua perkara tersebut siap, pemasangan dijalankan pada waktu malam dengan permit polis (bukan permit pendatang yek). Ini bagi mengelakkan lalu lintas sibuk la. Dan gambar diatas adalah hasil yang telah dilakukan mengikut proses yang telah disebut tadi. Cuba lihat saiz manusia di belah kiri-bawah visual. (lokasi, Jalan Istana KL)

Aku perlu curi-curi masa untuk menulis blog sekarang. Dan bagus juga aku dapat kongsi kepada kamu semua.

Aku harap, kamu semua suka.

Suka tau.

Tuesday, November 10, 2009

Kamu Tak Akan Jumpa Noktah

Seseorang yang telah mengubah menjadi lebih sepi. Walau sekecil mana pun perasaan aku waktu itu, itu cuma perasaan. Bak pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perasaan yang halus, diam, dan sunyi, walau aku tak tahu kenapa.

Jangan takut pada tiap-tiap cabaran baru setiap hari. Tuhan tak akan beri sesuatu perkara yang kita tidak mampu lakukan. Bukankah itu selalu aku pesan kepada kamu selalu.

Dan percayalah pada diri kamu, lalu senyumlah.

Thursday, November 5, 2009

Cuba Kamu Bayangkan...

Cuba kamu bayangkan, kamu masuk pejabat pukul 9 pagi, dan pukul 9 pagi tu kamu breakfast sekejap di warung dengan kawan kamu.

Pukul 9.30 pagi, kamu masuk pejabat, sembang-sembang dan main game sampai pukul 11 pagi. Kemudian tengok movie sekejap sampai pukul 1.

Pukul 1 petang, bos kamu panggil makan semeja sesama staff sepertimana hari-hari biasa. Rasanya breakfast pun masih kenyang lagi, tapi nak buat camne, bos aku tu pangkat Datuk, tak boleh la tolak pelawa dia. Suka hati je.

Selepas Zohor, main game lagi, tak pun tukar movie lain (kononnya mengisi waktu kerja) sampai pukul 3.30 petang camtu. Kalau mengantuk time tu, boleh la tidur sekejap.

Pukul 5 petang, seolah-olah nak bersiap balik, padahal pejabat tutup pukul 6 petang. Kalau Datuk tiada, mungkin balik lebih awal pun boleh jadi

Bayangkan kalau setiap hari selama sebulan macam tu.

p/s : Sumber daripada General Manager aku bila dekat-dekat hujung tahun selalu tiada projek

Wednesday, November 4, 2009

Mesej Untuk Kamu

Setiap pagi, kamu bangun dan bersiaplah untuk memulakan hari kamu.

Mulakan pagi itu dengan mengucapkan perkataan paling Allah suka. Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.

Jika kamu masih mempunyai ibu-bapa, tak salah jika kamu mencium tangan mereka, kerana jari jemari mereka adalah jemari terakhir dalam hidup kamu. Setelah itu, teruskanlah perjalanan kamu mencari rezeki di dunia ini.

Dalam perjalanan kamu, ucapkanlah selawat ke atas Rasul, dan yakin dan percayalah pada Allah, Allah akan sentiasa menyelamatkan kamu dalam perjalanan itu.

Setelah sampai ke destinasi, jumpalah dengan sesiapa pun, hadiahkanlah mereka seukir senyuman dan mulakanlah perkataan yang baik. Nescaya kamu mudah untuk berurusan dengan mereka. Bukankah ini janji Rasullullah juga.

Jika anda ada sedikit kesenangan, berikanlah sesiapa sahaja yang lapar dan dahaga sedikit makanan dan minuman. Pastinya anda terasa sedikit gembira di hati dengan melihat mereka hilang sedikit kesusahan.

Dan tiada lain yang aku mahu, selain kamu menjadi seorang yang menjadi insan yang bersyukur dan boleh membuat insan lain tersenyum. Dan tiada yang membuatkan aku gembira, melainkan kamu sebagai pembaca, telah membaca mesej ini.

Aku sangat berharap kamu menjadi lebih gembira dan menjadi penawar segala duka sekalian manusia yang kamu temui tiap-tiap hari. Sememangnya kamu insan yang bermakna. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...