Tuesday, February 16, 2010

Wolfman ?

Kelmarin semasa Valentine Day, kawan aku, Sais dan Pak Lah ada ajak aku tonton movie ni. Semata-mata nak tunggu waktu kenduri kahwin jiran aku yang berlangsung selepas maghrib kat Puchong.

Jalan cerita dia ringkas sebenarnya. Starting cerita dia pun dah buat ramai amoi-amoi yang kat pawangan tu terkejut beruk, sampai aku sendiri pun addict sama.

Cerita ni mengisahkan pembunuhan adik kepada Lawrence Talbot’s ( watak utama dalam cerita ) yang menjadi misteri kepada orang kampung tersebut tentang siapakah pembunuh yang kejam berdasarkan cara pembunuhan yang dilakukan.

Lawrence Talbot’s adalah seorang daripada pesakit mental yang pulang ke kampung halamannya untuk menjejak pembunuh tersebut. Dalam sejam pertama, digambarkan Lawrence Talbot’s masih mencari rahsia mengapakah dia dimasukkan wad sakit mental selepas ibunya dikatakan membunuh diri dengan mengelar lehernya sewaktu dia kecil.

Dalam susunan cerita ini, menjadi titik atau point cerita adalah siapakan pembunuhnya adik Lawrence Talbot’s, manusia atau haiwan. Ditambah lagi dengan kematian ibunya sewaktu dia kecil.

Plot cerita yang tersusun, namun sesuai ditonton oleh orang yang tiada sakit jantung. Sebab kemunculan serigala jadian tu memang menakutkan ( mendajalkan penonton, haha ).

Tak rugi beli tiket cerita ni.

p/s : GSC Times Square KL.

2 comments:

epullani said...

hero itu adalah wolfmen kan..?
kan..?

Budak Pensel said...

ade dua wolfman...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...