Pernahkah kamu merasa situasi seperti ini?
"Kamu mahu memberi pendapat tentang sesuatu, malangnya orang yang kamu tanya itu menafikan pendapat kamu, hanya kerana dia beranggapan dia sahaja paling tahu tentang sesuatu perkara itu."
"Kamu merasakan yang kamu bertanya orang yang terlalu bijak, sebab tu segala pendapat kamu dibuang macam tu sahaja"
Kalau kamu berjumpa orang seperti ini, maka kamu patut lupakan saja niat kamu untuk bertanya lagi. Niat kamu bagus, tapi kamu bertanya kepada seseorang yang sombong, atau seseorang yang angkuh dalam sesuatu perkara sehinggakan terjadilah situasi seperti diatas.
Maka lupakanlah. Bila saatnya terjadi situasi seperti diatas, percayalah kamu sebenarnya lagi bijak daripada orang itu. Mungkin pendapat kamu itu benar, dan kamu mengajukan kepada orang yang lebih bijak ( mengikut sangkaan kamu ) dan akhirnya dia menafikan pendapat kamu tanpa meneliti pendapat kamu terlebih dahulu.
Orang yang sombong bila tahu sesuatu perkara, dia tidak suka bila ada orang yang dirasakan kurang bijak daripadanya memberikan sesuatu pendapat yang tepat dan lebih baik daripadanya. Dia merasakan dirinya tergugat dan akhirnya, dia cuba melencong supaya kamu merasakan pendapat kamu salah.
Kadang-kala orang itu hanya diam bila pendapat kamu itu sangat benar.
Kalau ia terjadi kepada kamu, percayalah dia memang bijak, dan kamu lebih bijak daripadanya.
8 comments:
jenis xsedar diri...camtu la...xleh trima pandangan orang lain...
orang mcm ni mmg berlambak.. kalo org mcm ni kte x yah bagi pape pendapat.. ble pe yang dia wat tu kang ada mslh atau salah.. kte senyum je.. tu la.. sape suh x mau dengar pendapat orang.. mungkin dia sedar sendiri..
manusia
macam-macamkan
rencah kehidupan la semua nie
org mcm ni suka belagak bagus...
setuju..so,kita kenalah berani n yakin menerima apa yg kita putuskan..lagipun tak salah jika keputusan@pendapat kita itu salah@gagal..leh kita belajar dari kegagalan..kalo takut utk gagal..baik xyah hidup kan?..
tp xde lh bermaksud kita takleh trima pendapat org..cuma kalo kita rasa itu baik utk kita..apa salahnya mencuba kan?..
kalo org yg sombong tu nak beri pendapat..dgr jer la kn..kalo ada yg ok..cilok n tambahkn dlm pendapat kita..
mmg betul.. yg konon terasa diri bijak, tu yg slalu ego bongkak xnk mengalah dlm bg pndpt,, sdgkn sbnrnye yg bertanya tu lbh bijak dr dia yg terasa diri dia bijak!
setujuu
bijak tapi bodoh
Post a Comment