Petang tu hujan. Jalan jammed. Tapi hujan tak la lebat sangat. Mungkin balik lewat lebih dari pukul 6 petang, Kuala Lumpur memang stick dalam keadaan macam ni.
Menyusuri Jalan Sungai Besi ke arah Seremban memang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan kereta diwaktu tersebut bagai tak bagi 'can' kepada penunggang kenderaan motorsikal. Biasalah, jalan pun dah sesak, hujan lagi.
Memilih jalan paling kiri menjadi pilihan kebanyakan penunggang motor pada waktu itu. Waktu hujan, basah, dengan kesesakan nak menyusur.
Thanks kepada penabur paku yang sempat menabur paku kat laluan kiri tersebut. Kamu telah berjaya memancitkan tayar sebanyak lima buah motor berhampiran dengan tol Smart.
Paku kamu sungguh kecil, dan kamu siap asah tajam-tajam. Mujurlah Allah Maha Penyayang, paku kamu semua terkena tayar belakang kami, cuba bayangkan kalau terkena tayar depan, dengan keadaaan hujan dan kesesakan lalulintas. Kalau terkena penunggang tua, ibu mengandung bagimana pula ya.
Semoga Allah mengubah diri kamu menjadi lebih baik selepas ini.
Mujur juga ada full time pomen yang advertisekan no dia di kawasan bebas cukai (divider jalan, tiang-tiang dan dinding milik kerajaan).
Tadi aku pam tayar kejap, tak sangka kalau motor bocor pun boleh tampal.
Hebat bukan.
3 comments:
motor bocor celah mana?
acap : celah tempat duduk kowt..
mcm2 kan skunk ni..
huhu
Post a Comment