Thursday, September 30, 2010

Eid Photos - The KPTM Ipoh Festive !

SampinNasi BrianiBakar satayTaugehLeh and the 3 stooges
Look at me!
Raya kali ini aku paling banyak makan satay, sebab aku dah tak kerja lagi. Tapi senak perut pulak sebab makan banyak sangat. Hehe :P

Monday, September 27, 2010

The Gallery - Ipoh Saturday Morning

_MG_9492_3_4_tonemapped copy_MG_9519_20_21_23_24_tonemapped copybas perak 2
Round Ipoh pagi-pagi memang best. Suasana sejuk, damai, dan yang paling penting dapat melihat keindahan matahari terbit dalam keadaan Malaysia yang aman. I'm love it!

Bersyukur hidup dan lahir sebagai rakyat Malaysia. :)

Wednesday, September 22, 2010

Photo Story

berdiri menanti keretapi
_MG_9315_6_7_tonemapped
_MG_9398_tonemapped
Banyak benda yang aku dah prepare untuk buat shooting kali ini. Ada diantara friendlist facebook aku dah tengok Photo Story yang aku upload awal pagi tadi. Ini adalah sebahagian daripada tugasan yang aku kena siapkan selepas cuti raya yang lepas.

Photo Story yang aku buat ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang pernah belajar di Ipoh. Dia terkenangkan tentang kisah silamnya apabila menjejakkan kaki di sana. Itu adalah sedikit sinopsis tentang Photo Story yang aku buat ni. Photo Story ni asalnya memang tak perlu ada caption atau cerita, malahan penonton harus menilai sendiri setiap maksud gambar yang disusun.

Mungkin dalam minggu ni aku akan upload video Photo Story di blog ini. Buat masa ini, aku perlu menyiapkan segala tugasan yang tertunggak sebelum hujung tahun ini.

Sunday, September 19, 2010

The Picture Story About Raya

_MG_8498_MG_8507_MG_8592_MG_8846_MG_8904
Aku sekarang kat Ipoh. Tadi masa naik bas pukul 11.00 pagi di Hentian Duta sangat la sesak. Nak berdiri pun kene berdiri jauh-jauh. Makcik pakcik yang meramaikan suasana di hentian tu, padahal yang nak balik anak dia sorang jer.

Aku tak plan nak balik Ipoh pada Ahad malam, confirm jalan jammed punya. Tapi kalau jammed pun, bukan dari arah ke Ipoh, mesti arah ke KL punya. Sampai kat Medan Gopeng Ipoh, ternyata ramai orang nak ke KL. Yang baru sampai ke Ipoh pun ramai jugak la. Memandangkan ramai student Politeknik, UITM, UTP, sekolah teknik dan lain-lain akan memulakan pengajian pada hari esok punya. Confirm.

Hari raya tu, hari Selasa je aku kerja part time 3 hari kat ofis lama untuk print gantry untuk client Sharp. Tu yang dapat beli lens tu. Tak mahal pun. tapi kalau nak tunggu pinjaman diluluskan berapa bulan lagi da kena tunggu.

Saturday, September 18, 2010

Masa untuk sediakala

Ahad ni aku akan pulang ke Ipoh kerana pengajian aku akan bermula semula pada hari Isnin minggu depan seperti kebanyakan orang yang akan memulakan kerja pada hari tersebut.

Banyak gambar aku ambil, dan sejak aku berada di kampung, aku terlupa yang aku tak bawak file raw psd (photoshop) yang banyak membantu aku untuk membuat sedikit editting pada setiap gambar yang aku upload. So that why la blog aku ni aku tak upload gambar apa-apa. Terlupa membawa mouse satu lagi masalah untuk membuat kerja, sebab aku amat benci menggunakan touch pad, sebab touch pad akan membuat kerja seminit menjadi 3 minit.

Aku kat kampung pinjam laptop kakak aku untuk online facebook dan blog. Selalu dua benda tu je yang aku akan layari setiap kali aku online. Kakak aku lak memang tak pakai mouse untuk membuat sebarang kerja..

Mungkin Ahad aku akan pulang ke Ipoh, itu pun jika masih ada tiket untuk pulang. Aku jarang untuk berebut beli tiket ke Ipoh walaupun musim cuti perayaan, sebab asal menjadi orang KL selalu melawan arus, terutamanya bila pulang ke kampung disaat musim perayaan. Time orang berpusu-pusu keluar KL tu la aku balik ke KL dengan jalan yang sangat luas. Haha.

Aku tiada kampung, sebab nenek moyang kedua belah mak ayah aku semua orang KL. Cuma aku tinggal di Kg. Seri Aman, Puchong Selangor. Tanah teroka ayah. So tiap-tiap tahun beraya di KL. Ada orang cakap, "rugi tak de kampung. Ada kampung seronok, bla bla bla.." Dia cakap macam tu sebab dia tak pernah rasa bertuahnya berkampung di KL. Bila aku tanya abah aku kenapa kawin dengan mak, abah aku selamba cakap " Senang, bila cuti raya dekat je, tak payah pening nak balik kampung mana".

Yela, time raya tu la tinggal orang KL kat bandar, orang kampung semua dah pulang ke kampung. Budak Punk dengan Skin Head pun tau naik bas ke Teluk Intan masa aku kat Hentian Duta. Ala, time tu aku tak bawak kamera lak. Rugi betul. Apela budak zaman sekarang, semua nak jadi Amerika.

Yang best dekat KL awal pagi jalan raya semua macam trek sepang. Kalau nak hambat sampai 200kmh pun tiada siapa nak marah. Kena pulak sikap Ops Sikap hanya tertumpu pada highway, walaupun statistik kemalangan paling tinggi di jalan bandar. Heh. Boleh kira berapa kerat je kereta yang guna jalan tersebut. Itu adalah pemandangan yang paling jarang kita nampak dalam setahun. Korang pernah tengok tak?

Tapi raya kali ini ada beza sikit. Kebanyakan orang plan untuk pulang ke kampung pada raya pertama. Mungkin ada diantara mereka fikir raya pertama highway lengang, tambah lagi raya pertama jatuh pada Jumaat, so ramai juga la kawan-kawan aku yang nak jadi hamba musafir ni. Haha. Tapi kebetulan pulak raya pertama tu semua orang kat KL plan nak balik kampung pada hari tersebut. Haha. Memang paling jammed la.

Balik ahad ni la. Tak nak balik malam, sebab nak tengok MU lawan Liverpool. Walaupun aku penyokong Chelsea.

Monday, September 13, 2010

Formspring me - Borang soalan

Sejak aku terbaca satu blog dari 'si gebu' syafa, mungkin buat pertama kalinya aku berfikir kadang-kala formspring ni amat berguna dalam sesuatu masa sebab ia boleh berkongsi dengan pembaca-pembaca yang lain.

Sebelum ini, aku pernah dengar tentang formspring ni amat berguna, iaitu dari blog Simple Me oleh Afzan. Afzan ni aku tak pernah tau dia ada blog, dan aku terjumpa blog dia pun daripada tag seorang follower dia. Afzan ni sebenarnya kawan sekolah aku sejak dari sekolah rendah lagi. Cuma lost contact selepas tamat menjawab soalan SPM.. Haha

Berbalik kepada formspring tadi, aku harap kalau ada soalan yang kamu rasa kamu mahu tahu daripada aku, kamu boleh send melalui widget yang aku letakkan sebelah kanan blog ini. Mana tau kamu boleh berkongsi soalan dan mendapatkan sedikit maklumat yang berguna. Bagi aku, aku suka share, sebab bertanya adalah sumber segala ilmu.

Antara Afzan dan Si Gebu tadi, mereka adalah orang yang membuat aku mahu cuba formspring untuk beberapa ketika. Kepada pembaca blog aku, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan maaf zahir dan batin jika tersalah kata dan bahasa. Semoga Aidilfitri ini mendekatkan kita kepada mereka yang jauh.. InsyaAllah

Monday, September 6, 2010

Lelaki

Stare
Memilih itu tidak salah, tapi bersyukur dengan kesempurnaan lebih baik dengan apa yang kita miliki selama ini. - Budak Pensel, September 06, 2010.

Saturday, September 4, 2010

Bukan kerana Hacker

pepsi
Sejak aku tamat pengajian dalam Diploma in Multimedia, sekurang-kurangnya aku sedar bahawa aku lebih cenderung kepada pekerjaan yang melibatkan graphic design. Pembelajaran Multimedia merangkumi segala aspek yang melibatkan komputer dan kemodenan teknologi. Namun dalam kepelbagaian itu, aku tak cukup kuat untuk mendalami ilmu pengaturacaraan komputer, maksud aku programming. Kebanyakkan subject yang aku score besar lebih tertumpu kepada subjek yang melibatkan grafik, aku fikir. Orang kata, well done!

Tapi dalam penyenaraian pekerjaan di Malaysia, menjadi seorang programmer memang ada kelebihan dari segi peluang pekerjaan. Aku suka, tapi aku tak lebihkan minat kepada programming semasa diploma disebabkan aku suka pada seni lukisan. Sejak aku tamat diploma, bekerja di sebuah syarikat advertising yang mempunyai tapak iklan yang luas di Kuala Lumpur, nyata grafik hanya sesuatu pekerjaan yang tersangat mudah. Mereka lebih menumpukan kepada software Adobe Illustrator dan ternyata pengunaan Adobe Photoshop hanya mempunyai penggunaan skala yang tersangat kecil dalam pencetakan grafik bersaiz gergasi.

Sejak aku melanjutkan pelajaran dalam degree, aku ingin lebih fokus kepada programming khususnya. Programming perlukan minat, dan latihan kerap supaya pelajar itu akan mudah mencari segala error dalam sistem yang mereka bina. Programming ibarat matematik. Perlukan latihan selalu agar otak mudah mengingati perkara yang pernah kita lakukan. Aku suka proramming, mungkin pada masa diploma dulu aku tak mampu menguasai dua-dua bidang disebabkan masa untuk menyiapkan final work terlalu singkat, semestinya aku tak akan mengambil risiko perkara yang aku sukar untuk mendapatkan markah penuh.

Dalam waktu ini, aku perlukan masa yang lebih untuk programming daripada aku mempertahankan minat dalam grafik, hanya disebabkan peluang bekerja dalam bidang yang aku mulakan semula (programming) mempunyai peluang pekerjaan yang tersangat besar jika aku memahami apa yang aku lakukan sekarang.

"Kadang-kadang, kita perlu untuk melakukan perkara yang baru dalam hidup untuk mencari sesuatu peluang yang lebih besar." - Budak Pensel, September 04, 2010.

nerd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...