Friday, December 3, 2010

Photoshop Tutorial - Overlay Vignetting

Kamu tahu setiap gambar yang aku upload dalam blog aku ini, aku ada membuat kesan vignetting pada setiap frame gambar. Tujuan vignetting ini adalah untuk memberi kesan gelap di sekitar gambar supaya gambar itu nampak lebih baik daripada asalnya. Aku sediakan satu tutorial untuk kamu cuba lihat.

03-12-2010 14-22-31
1. Buka satu gambar dalam photoshop.

2
2. Copy layer background dengan tekan Layer Background, dan tekan CTRL + J.

3
3. Buat New Layer dengan tekan icon seperti di atas.

4
4. Tukar foreground kepada warna hitam atau tekan X pada keyboard untuk pastikan warna hitam dan putih berada di atas dan bawah. Tekan berkali-kali huruf X pun tak apa. Boleh main.

5
5. Pilih Paint Bucket Tool atau tekan G pada keyboard anda.

6
6. Gunakan Paint Bucket Tool, dan klik pada pada gambar tersebut. Pastikan anda sudah tekan new layer siap-siap.

7
7. Pilih Rectangular Marquee Tool atau M dan tukarkan value Feather kepada 250 px (pixel).

8
8. Crop sebahagian gambar dimana kawasan yang anda crop itu untuk anda buang.

9
9. Tekan DELETE pada keyboard kamu supaya bahagian yang kamu crop itu dibuang dengan softly atau dengan anggun.
.
10
10. Pastikan anda menukar layer itu kepada Overlay dan ubah nilai Opacity secukup rasa seperti meletakkan garam ke dalam kari.

Dan hasilnya seperti berikut. Tada..

_MG_2496 w
Yang atas sebelum, yang bawah selepas melalui proses Overlay Vignetting.

121
Ada perbezaan ketara yang dari segi warna dan contrast. Boleh cuba okay. Kalau tak faham, tinggalkan soalan di ruangan komen. Tinggalkan juga email jika kamu mahu aku send tutorial ke dalam email kamu. Hohoho

6 comments:

JRY The Boonto said...

Nice tutorial... menanti tutorial yg akan datang:)

ThE kOpi suSU said...

cam kenai je model dlm tutorial 2..hakahk

Izafiza said...

wah.nak try jugak. tq for sharing.=)

balecan said...

boleh x send tutorial kat baletonbalecan@yahoo.com..
xjelas pakai CS5 kan
ty bro!

katilpatah said...

version brapa yerk?

Budak Pensel Yazid said...

cs3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...