Sunday, December 30, 2012

Tutorial Kamera . Dokumentari Ringkas . Shanghai



Ok, semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita lupa. Mula-mula aku ingat video ni adalah dokumentari kamera semata-mata, sebab pada masa itu aku sedang cari short documentary untuk cari sedikit ilham. 

Rupanya video yang aku rasa macam noob ni yang banyak kasi aku refreshment untuk dapatkan pelbagai shot untuk personal job yang akan datang. 

Kalau kamu rasa kamu dah cukup pandai, rasanya jangan halang mereka yang mahu belajar tentang kamera. Itu saja. 

BudakPensel .

Thursday, December 13, 2012

Photograph by Me .







Photograph by Budak Pensel
Soulo & Minimize
Credit to Hash Akira .

Thursday, December 6, 2012

Filem Negara Malaysia | UPSI

Disember 04, 2012. Lawatan ke Filem Negara Malaysia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Bila sebut tentang Filem Negara, teringat cerita Sang Kancil dengan Buaya. Animasi 2D yang budak-budak suka tonton setiap kali ada advert gap di RTM pada tahun 90'an. Lol.

Disini pendedahan secara terbuka apa yang dipertanggungjawabkan kepada Filem Negara. Ia termasuklah penyimpanan arkib filem negara, kempen kesedaran masyarakat melalui media elektronik, penyewaan studio dan peralatan dan banyak lagi. 


Lawatan ini berakhir pada pukul 5 petang. Sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada sejarah Filem Negara itu sendiri dan kepentingan ia terhadap segala bentuk proses penyampaian maklumat melalui media elektronik. Kepada yang berminat untuk praktikal di sini, mungkin ia memberi peluang untuk mendalami tentang teknologi yang ada di situ disamping menambahkan pengalaman dalam bidang yang berkaitan. 

Pesan saya "Jangan curi harimau lagi."


Photograph & Written by 
Budak Pensel . Disember 06 , 2012 .

Monday, December 3, 2012

Personal Recent Work .


Hari Ahad yang indah. Semoga pasangan cinta ini kekal bersama, bahagia untuk selamanya. Thanks for Hash Akira kerana mempercayai untuk aku lakukan sedikit hasil yang tidak seberapa ini. Dan terima kasih kepada Gondo Jangguttouch !


Tuesday, October 30, 2012

Remember October .


Already struggle for one month. Pelbagai benda yang aku kena buat, benda yang tidak formal. Tak macam tiap-tiap hari aku yang dulu. Semua berjalan agak terancang, berjadual. Sekarang bangun-bangun tidur pun, hari tersebut aku tak pernah tau apa yang aku buat. Sampai ketika aku post kali ini kepala sangat pening, masih demam dan mungkin apa yang aku belajar sekarang adalah fikir untuk next plan lagi beberapa bulan.

Still remember this October, dan beberapa jam lagi adalah November 2012. Just, every minutes adalah penting buat aku untuk fikir bertahun-tahun akan datang, sesuatu yang berkait rapat dengan perancangan masa depan. 

Wait for my next post.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Oktober 31 , 2012 .

Thursday, October 18, 2012

Wayang Pacak | Gie & Daia

Satu perjalanan pada hari Jumaat yang penuh Oppa Gangnam Style. Sekalung tahniah buat pasangan pengantin, Gie dan Daia. Sebuah lafaz dan kisah cinta dari hati mereka. Semoga kalian akan terus bersama, hingga akhir waktu. Amin.


THE SOLEMNIZATION | GIE & DAIA from Jangguttouch on Vimeo.

Official Photographer : Tu-Khang Tangkap Gambar | Jangguttouch .
Official Cinematographer : Wayang Pacak | Jangguttouch .

Wednesday, October 17, 2012

Angka Lapan dan Selasa .


Hari itu hari Selasa. Dan pukul 8 pagi sepatutnya aku dah ada di jalan raya. Masa mula-mula tu aku ingat Tanjung Malim ni boleh sampai dalam masa sejam kalau bertolak dari Ipoh. Mungkin anggapan pada permulaan aku datang sebelum ni tak sama dengan waktu akhir untuk mereka suatu hari nanti. Ayat aku yang sangat deep. 

Dunia yang sangat berbeza. Dulu masa aku kat bangku kolej, aku lebih suka benda itu datang sendiri pada aku sampai pada masanya bila aku mahu sedikit kelainan, benda yang aku nak akan aku cari sendiri lalu dirahsiakan kepada pelajar-pelajar yang lain. Akhirnya aku berjaya mencipta karya yang superb dikalangan pelajar-pelajar yang lain. Apa yang aku maksudkan kat sini adalah teknik menguasai sesuatu software atau lebih dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai perisian.



Mengajar teknik penghasilan video dan audio untuk dua kelas bermula pada pukul 11 pagi hingga 4 petang bagi aku kadang-kadang wujud sesuatu yang rumit. Senang cerita, citarasa setiap orang sangat berbeza. Cuma aku selalu tekankan setiap apa yang kita mahu buat biar ada sesuatu yang berbeza dengan apa yang ada, berdasarkan kreativiti dan inovasi terhadap apa yang ada disekeliling.  

"Kreativiti bermakna luas. Seluas-luas akal yang tuhan ciptakan. Apa yang membezakan manusia dengan manusia yang lain adalah bagaimana kita mampu mengeluarkan idea yang terbaik yang tidak wujud pada orang lain" - Budak Pensel, Oktober 17, 2012.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Oktober 17 , 2012 .

Hati Yang Merasa .

Kerana masa, tiap detik dan ketika. Sebuah cerita yang tetap dan tertulis. Meletakkan segala kisah suka dan duka. Mencipta seribu perasaan yang akan berlalu disebalik pengorbanan setiap insan yang hadir pada permulaan pertemuan dan juga titik perpisahan. 

Masa mengubah segalanya. Walaupun masa adalah sesuatu yang menjanjikan sejuta perkara. Sejuta perkara yang menjanjikan titik akhir untuk segala permulaan. Manusia tak pernah tahu pada permulaannya akan berakhir dengan bagaimana. Tak mungkin ia mampu diceritakan semula, sebaik-baik penceritaan manusia.  

Manusia ketawa, manusia bergembira. Mencapai sebuah hakikat mereka yang inginkan sejak permulaan. Perancangan yang tidak seperti yang diharapkan. Tapi menemui titik akhir yang satu. Menyatukan segala cerita, bergelumang dengan kepayahan hidup. Akhirnya tetap erat semula walaupun kenangan lalu tidak akan kembali semula.



Walaupun senyuman terukir, walau indahnya titisan air mata gembira itu mengalir. Kebahagiaan masih tetap hadir bersama insan-insan yang berada disisi, walau mereka berada jauh mahupun dekat. Semoga kebaikan yang ada pada setiap kejayaan, mereka akan tetap diberikan ganjaran walaupun mereka telah pulang ke rahmat Illahi. 

"Manusia yang mampu berjaya, adalah manusia yang cuba untuk mencorakkan diri sendiri. Dan tiada manusia yang terbaik dengan kejayaan kita melainkan mereka yang selalu ada dekat dengan kita, walaupun kita kadang-kadang terlupa dengannya." - Budak Pensel, Oktober 17, 2012.


Photograph & Written by 
Budak Pensel . Oktober 17 , 2012 .

Tuesday, October 9, 2012

The Last Terminal .


Bersabarlah wahai hati, hidup ni seperti perjalanan. Kita akan berhenti setiap destinasi untuk berjumpa dengan sesuatu yang baru. Apabila kita telah menjumpai sesuatu itu, kita akan meninggalkan ia untuk pergi ke suatu destinasi yang lain. Namun dalam kita meneruskan perjalanan itu kita tetap memilikinya walaupun kita telah jauh meninggalkan ia dengan masa yang sangat panjang.  

Di suatu masa yang akan datang, diperhentian terakhir itulah kita akan menyedari disetiap destinasi yang kita lewati itu adalah satu kenangan terbaik selama kita berada di dunia ini.


Photograph & Written by 
Budak Pensel . Oktober 09 , 2012 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...