Sunday, February 26, 2012

Ana Raffali & Naim - Jangguttouch Teaser Reveal


Buat pasangan bahagia Ana Raffali dan Naim semoga kekal bersama hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
Photographer : Waq | Syaiful | Yazid | Ayie
Febuary 25, 2012

Jangguttouch
Tu-khang tangkap gambar + Wayang Pacak
www.jangguttouch.com
info@jangguttouch.com
+605.548.7908
No. 5 Jln S.C.I. 1/7 Dataran Sunway, Sunway City Ipoh
31150 Ipoh, Perak.
MALAYSIA

Saturday, February 18, 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

_MG_0296

Tuhanku, Yang Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Tuhan yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Yang menciptakan alam, langit bumi serta lautan. Yang menciptakan kehidupan, tumbuhan dan sebaik-baik mahkluk. Yang Maha Memiliki segala-galanya. Yang Maha Berkuasa, sehingga hari perhitungan. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah yang Maha Penyayang. Berikanlah kami rezeki yang melimpah, berikanlah kami daya untuk berdiri dan berikanlah masa untuk terus bekerja, agar kami menjadi hamba-Mu yang sering mengingatimu, menjadi manusia yang sentiasa bersyukur atas kasih sayang-Mu.

Ya Allah yang Maha Mengetahui. Hilangkanlah duka kami, jauhkanlah kami daripada kemudaratan di atas dunia, dan berikanlah kesihatan kepada kami yang berpanjangan, agar kami mampu untuk berusaha menjadi hamba-Mu yang terbaik atas limpah rahmat yang Engkau berikan.

Ya Allah yang Maha Mengasihani. Kasihanilah ibu bapa kami, kasihanilah saudara-saudara kami, kasihanilah hamba-hamba-Mu yang telah pergi, berikanlah keampunan kepada kami, seluruh hamba-Mu yang telah Engkau matikan setelah Engkau hidupkan. Sesungguhnya tiada yang lebih besar buat kami melainkan mendapat keampunan dari-Mu ya Allah.

Tuhanku yang Maha Pengampun. Ampunilah dosa-dosa kami. Ampunilah dosa-dosa hamba-hamba-Mu yang terdahulu, ampunilah segala kejahatan yang pernah kami lakukan di dunia. Sesungguh-Nya kami tidak mampu untuk menaggung azab siksa-Mu atas dosa kami yang sebesar zarah sekalipun, kerana kami ciptaan-Mu yang tidak bermaya, yang sangat lemah untuk menghadapi walau sedikit siksaan api neraka.

Sesungguhnya ya Allah, kami tetap akan pulang kepada-Mu, berikanlah kami sedikit kekuatan, agar kami menjadi hamba-Mu yang sering mengingati-Mu, sepanjang masa dalam kehidupan kami, sehinggalah Engkau mencabut nyawa kami dan ketika itu tiadalah apa yang tinggal untuk kami, melainkan amalan kami serta sedekah daripada doa anak-anak yang soleh.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Royal Perak Golf Club

_MG_0250 _MG_0272

Royal Perak Golf Club. Photography untuk RPGC Ladies Open Amateur Golf Championship 2012 pada hari Sabtu dan Ahad. Job kali ini memang tiada kena mengena dengan job kahwin. Sebelum pertandingan dimulakan, photographer perlu hafal semua lokasi 18 lubang. Jadi menjadi keseronokan bermain dengan bugi golf / kereta golf sementara mahu menghafal semua lokasi lubang golf.

_MG_0273

Gambar diatas merupakan pemenang perlumbaan semasa kami bermain bugi golf tersebut. Makcik yang memakai baju merah, yang siap naik ke atas rumput untuk mengatasi kelajuan kami. Tak apa, hero menang kemudian.

Friday, February 17, 2012

Ipoh Shout !

ssss bbb color

Ipoh Shout ! Antara koleksi gambar-gambar yang aku ambil, dan warna atau tona yang aku suka pakai. Ada sesiapa yang nak ikut Ahad ini, mungkin boleh bertukar-tukar pengalaman atau pendapat melalui aktiviti yang sihat ini. Ya, tahun ini merupakan Tahun Melawat Perak. Jadi tunggu apa lagi, lets go!

ccc color

Photograph by using Canon EOS 550D, with Sigma 10-20mm, 1:4-4.5 DC HSM.

Wednesday, February 15, 2012

429302_10150588754159386_98595544385_8590683_1396591712_n

Inginkan sesuatu yang menarik untuk hari indah anda, pastikan memori itu terpahat di dalam sebuah album daripada pakej yang sangat istimewa dari kami. Jadi, tunggu apa lagi. Hubungi kami di Jangguttouch, atau sms no anda pada saya, Yazid Jangguttouch (016 - 544 3984). Kami akan berhubung dengan anda untuk memberikan hasil kerja kami, hanya yang terbaik untuk anda tak kira dimana anda berada.

Lawat blog rasmi Jangguttouch di sini.

Monday, February 13, 2012

Cameron Highland

_MG_0185

Cameron Highland. Paling terakhir aku ke sana semasa aku berumur 5 tahun. Bersamaan dengan tahun 1990. Terlalu lama, dan aku sudah lupa apa yang aku pernah pandang di sana. Kalau ada gambar pun, gambar tu aku masih kecik, tengah makan Nasi Lemak yang arwah nenek buatkan.

_MG_0188
_MG_0196

Dulu aku confius dengan Cameron Highland dengan Genting Highland. Rupanya Cameron tempat untuk menanam segala tanaman yang memerlukan geografi yang mempunyai suhu yang rendah seperti strawberi. Masa dulu aku suka cakap yang aku nak pergi lagi Genting, walaupun Genting bukan tempat untuk makan strawberi. Budak-budak kecil selalu confius. Aku la budak itu. Haha.

_MG_0181

22 tahun masa berlalu. Dan kini setiap masa yang aku ada akan aku rakam, untuk aku melihat semula selepas berpuluh tahun yang akan datang. InsyaAllah.

Thursday, February 9, 2012

Ipoh & Cliché of Mine

_MG_0157

Aku sudah berada di Ipoh. Sejak cuti tiga bulan yang lepas aku berada di luar Ipoh untuk tempoh yang lama. Lama la sangat, tapi memang terasa lama. Rasa nak sangat untuk menikmati cahaya petang di Ipoh. Aku harap tahun ini lebih banyak aku upload gambar dalam blog ini. Ya, ada satu projek simple yang aku akan buat, dan aku share di sini. 

_MG_0039

Nilai artistik yang tinggi di Ipoh. Tak tahu berapa tinggi nilainya. Dari segi geografi Ipoh memang banyak memberikan advantage kepada mereka yang meminati fotografi khususnya. Aku terlalu suka pada kualiti cahaya di Ipoh. Sangat lembut ada pada ketikanya. Tapi ia terlalu sekejap. Nak buat macam mana.

_MG_0055

Soulo & Minimize, itu adalah aku. Sebagai seorang fotografer amatur seperti aku, aku memerlukan satu perkataan yang akan motivasi kepada aku hari-hari. Tak perlu nama di angkat tinggi. Lebih rela aku berada dicelah-celah ramai, asalkan masa dan ketika ini terakam untuk aku berkongsikan bersama dengan kamu, sampai bila-bila.

Kepada kamu yang baru membaca blog ini, aku ucapkan selamat datang. :)

Blog Admin
Yazid Jangguttouch | Budak Pensel 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...