Thursday, February 9, 2012

Ipoh & Cliché of Mine

_MG_0157

Aku sudah berada di Ipoh. Sejak cuti tiga bulan yang lepas aku berada di luar Ipoh untuk tempoh yang lama. Lama la sangat, tapi memang terasa lama. Rasa nak sangat untuk menikmati cahaya petang di Ipoh. Aku harap tahun ini lebih banyak aku upload gambar dalam blog ini. Ya, ada satu projek simple yang aku akan buat, dan aku share di sini. 

_MG_0039

Nilai artistik yang tinggi di Ipoh. Tak tahu berapa tinggi nilainya. Dari segi geografi Ipoh memang banyak memberikan advantage kepada mereka yang meminati fotografi khususnya. Aku terlalu suka pada kualiti cahaya di Ipoh. Sangat lembut ada pada ketikanya. Tapi ia terlalu sekejap. Nak buat macam mana.

_MG_0055

Soulo & Minimize, itu adalah aku. Sebagai seorang fotografer amatur seperti aku, aku memerlukan satu perkataan yang akan motivasi kepada aku hari-hari. Tak perlu nama di angkat tinggi. Lebih rela aku berada dicelah-celah ramai, asalkan masa dan ketika ini terakam untuk aku berkongsikan bersama dengan kamu, sampai bila-bila.

Kepada kamu yang baru membaca blog ini, aku ucapkan selamat datang. :)

Blog Admin
Yazid Jangguttouch | Budak Pensel 2012

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...