Talk by Space Toon, cuma menanti masa untuk tayangan di pawagam. Benda yang ibarat baru bagi industri CGI dan animasi 3D di Malaysia, namun ini la masanya untuk melihat bukan orang Amerika jadi hero.
Seperti talk-talk yang lain yang pernah aku hadiri sebelum ini, lebih berfokus pada masa depan dan peluang kerjaya dalam bidang animasi seperti ini. Untuk mereka yang berminat, kerjaya dalam bidang animasi memang memerlukan hati yang sabar, seperti bidang-bidang yang berkait rapat dengan terma "work under pressure".
Apa yang penting di sini hasil sesebuah seni itu bergantung pada kreativiti sendiri. Ada kalanya menggunakan peralatan dan teknologi yang termaju tidak menjanjikan hasil yang hebat melainkan idea dan kreativiti untuk mencipta sesuatu, penyampaian yang berkesan itu sepatutnya diutamakan. Menjadi salah satu idealogi yang aku pegang selama ini, bahawa nilai kreativiti itu lebih bernilai berbanding dengan apa yang fizik semata-mata.
"Idea, imiginasi, teknik, kemahiran dan kelainan yang mampu memberi segenap perasaan dan emosi dalam jiwa manusia " - Budak Pensel, April 11, 2012.
No comments:
Post a Comment